Monday, October 3, 2011

Ajal...

"...While you wake up today, someone is breathing their last breath. Thank God for another day. Don't waste it...."

Dalam minggu ni aku terima 2 berita kematian. aku tak tahu nak cerita macam mana perasaan aku. sedih ada, terkejut pun ada...pada hari sabtu lepas bekas ayah tiri aku telah menghebuskan nafasnya yang terakhir. jika diikutkan ramalan dari sudut dunia perubatan, kematian bekas ayah tiri aku ini memang sudah dijangka...dia menghidap barah usus...peringkat ke berapa aku tak berapa pasti sebab dia tak bercerita tentang itu pada aku. kalau tak salah aku bulan lepas aku ada berjumpa dengan dia...masa itu dia dah dapat tahu tentang penyakitnya dan baru lepas membuat kemoterapi...dia boleh berjalan dan boleh bercakap...dia ada mengatakan jika dia sihat, dia akan hadir pada majlis perkahwinan aku yang bakal dilangsungkan pada 25,26 November 2011 (InsyaAllah)... pada malam jumaat lepas aku dapat tahu dari ibu aku, dia sudah nazak dan sudah tidak boleh bercakap...ibu aku ajak aku untuk menziarah dia. pagi sabtu lepas aku pun bawa ibu aku ke rumah dia...ada beberapa orang saudara terdekat dia yang menjaga dia di sana. sayu hati aku lihat keadaan fizikal dia...kalau boleh aku gambarkan, hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Pada hari itu aku tidak boleh lama di sana kerana sudah berjanji dengan tunang aku untuk ke tempat lain untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan kami. ibu aku mahu tinggal di sana dan aku beransur pergi...lewat petang itu aku menerima berita yang dia sudah pergi...dan tidak akan kembali lagi...Al-Fatihah

Awal pagi tadi, setibanya aku di pejabat...aku pun terus on kan notebook aku...seperti biasa, facebook la perkara pertama yang aku akan lihat :) Alangkah terkejutnya aku, sahabat aku semasa sama2 menuntut di UUM dahulu telah meninggal dunia...beliau seorang ASP (polis) di Johor. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa konvoi motorsikal berkuasa besar. bagaimana kemalangan itu berlaku aku tak boleh cerita kerana aku sendiri tak pasti...Semasa kami di UUM dahulu, arwah seorang yang periang dan baik...suka bantu orang sama ada dalam pelajaran ataupun pertolongan lain...beliau seorang yang suka berjenaka...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fatihah

Ajal maut adalah rahsia Allah s.w.t. Arwah bekas ayah tiri aku, ajalnya kalau dari segi ilmu perubatan dapat dianggarkan atau di ramalkan (tidak secara tepat) tetapi apa yang berlaku pada sahabat aku memang tidak dapat dijangkakan...sejam sebelum kemalangan, beliau dari segi fizikal dan mental bolehlah kita kategorikan sebagai sihat walafiat. tetapi ajal datang tidak mengira taraf kesihatan dan umur...yang pergi tetap pergi...semoga kita dapat ambil iktibar dan dan menigkatkan lagi keimanan kita untuk mencapai kebahagiaan di sana...

P/s : hargailah orang di sekeliling kita...mungkin itulah kali terakhir kita berbicara bersamanya...sentiasa minta maaf setiap kali hendak berpisah...

selamat malam semua. Assalamualaikum

Saturday, October 1, 2011

Tak de idea :)

Actually aku tak de idea nak update blog ni...aku skrg kat kfc wangsa maju menantikan kehadiran seseorang...
so aku pun google la apa yang patut dan terlihat kata-kata ini...seseorang yang aku tunggu pun dah hampir nak sampai so aku tinggalkan korang ngan kata-kata ini kay...semoga boleh jadi iktibar atau perangsang dalam hidup kita semua :)


"...God puts people in your life for different reasons. Some to learn from, some to help you, & some to help you realize how strong you are..."