Sunday, March 13, 2011

Kembali ke KL semula :)

Salam semua...harapnya semuanya berada dalam keadaan yang terbaik...sekali lagi aku telah melanggar azam aku untuk aku selalu update blog aku..tetapi kali ni atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan..segalanya telah ditentukan dan aku redha...

Pada 24/02/2011 lepas aku balik ke Kelantan kerana dah terlalu lama rasanya aku tak balik kampung. kebetulan baki cuti aku masih ada dalam 4 hari, aku pun decide untuk balik kampung..28/02/2011 nanti aku dah start kerja baru. gelabah gak nak start kerja baru ni..apa-apa pun entry kali ni bukan aku nak cerita tentang kerja baru aku. aku nak ceritakan apa yang berlaku di kampung aku.

aku naik bus malam. trauma akibat kemalangan bus yang aku alamai beberapa bulan lepas masih belum hilang tapi sebab rindu kampung punya pasal aku gagahkan jugak..nak naik kapal terbang, budget masih belum mengizinkan :)

Ternyata suasana kampung memang mendamaikan..hilang semua stress kerja aku sebelum ni :) sebelum aku balik ke kelantan aku dah pesan kat mak aku untuk amik tiket ke kl siap2 coz aku takut tiket tak habis. mak di pendekkan cerita mak aku amik tiket ke kl pada 27/02/2011 jam 10 pagi.

Masa terasa terlalu cepat berlalu. tup-tup dah hari sabtu (26/02/2011). Esoknya aku dah kena balik ke kl semula. arrrrggghhhhh aku masih belum puas lepak kat kelantan...

Malam menjelang tiba, aku di kejutkan dengan berita atuk aku sesak nafas..katanya angin dalam badan. aku pun tak sure apa sebab yang pasti. aku terus pinjam kereta dengan jiran dan bawak atok aku pergi ke klinik kat pasir puteh ngan mak aku. setibanya aku kat klinik tu aku tengok atok aku dah lemah sangat. Doktor suspect atok aku kena serangan jantung dan mintak aku ngan mak aku terus bawa ke Hospital Tengku Anis. Masa tu juga atok aku tiba2 tak sedarkan diri..Panik aku masa tu. aku pun terus bawak atok aku gi Hospital.
Masa tu atok aku dah lemah sangat. sampai kat hospital atok aku muntah..keluar darah :(
Aku betul-betul tak tahu nak buat apa masa tu..cuma menantikan apa kata doktor kat sana. 

Doktor kat hospital tengku anis cakap atok ada pendarahan dalam perut dan kena di bawa ke hospital universiti sains malaysia (HUSM kubang kerian)..Di pendekkan cerita yang tak berapa pendek ni...atok aku kena buat kolonoskopi..untuk mengesahkan apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam perut atok aku..kolonoskopi tu nak di buat pada hari Isnin (keesokkannya). dalam masa itu atok aku tak leh makan and minum. cuma air dan darah sahaja yang dimasukkan melalui jarum yang dicucuk kat tangan atok aku.
Aku paling tak leh tahan bila atok aku mintak air nak minum kerana terlalu dahaga. datok aku tak leh makan or minum coz doc tak nak ada aktiviti dalam perut atok. takut berlaku lebih banyak pendarahan.

Masa untuk kolonoskopi tiba sudah hampir 24 jam atok aku tak minum air or makan. yang ada cuma air yang dimasukkan melalui wayar yang dicucuk kat tangan. kolonoskopi tu amik masa dalam 1 jam lebih. Bila atok dah siap buat kolonoskopi, doc cakap dia jumpa hampir 10 tempat luka dan pendarahan dalam perut atok. dan dia dah tutup tempat luka tu dengan alat diaorang..menurut doktor tu dia klip dengan sejenis besi. untuk mengelakkan kan klip tu tercabut or rosak, atok tak leh makan for another 24 hours..aduiii aku dah tak tahan tengok atok merayu2 nak minum air..apa yang mampu aku ngan mak aku buat ialah basahkan bibir atok dengan air je..guna kapas..

Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..aku hanya boleh minta atok bersabar dan banyakkan selawat and sebut nama Yang Maha Esa..Esok yang di nanti telah tiba..atok kena buat kolonoskopi sekali lagi..kalau ikutkan atok dia dah tak nak buat coz kolonoskopi yang pertama semalam dia cakap sakit..aku dengar suara atok menjerit kesakitan dari luar bilik kolonoskopi semalam..sayu hati aku..menitis gak air mata aku bila tengok wajah atok yang lemah nak di bawa masuk untuk kolonoskopi kali kedua..

Alhamdulillah, result kolonoskopi kali kedua baik. perut atok dah tak luka lagi...cuma bengkak tu masih ada..atok dah boleh minum tapi tak boleh makan..lega aku dengar doktor cakap mcm tu..menurut atok kolonoskopi kali kedua ni tak berapa sakit..mungkin doktor yang lain yang buat kot..entah la..apa-apa pun aku amat bersyukur semuanya berjalan lancar...

Owh lupa aku nak cerita..tentang report duty aku pada 28/02/2011..Pihak yang hire aku kerja tu beri kelonggaran kat aku untuk report duty pada 14/03/2011...so bermakna esok la aku start hari pertama aku..doakan aku boleh buat kerja kay..dan doakan semuanya dalam keadaan yang terbaik :)

Segala yang berlaku ada hikmahnya...Jangan cepat merungut ya! :) Ceria selalu!