Monday, February 7, 2011

Online dari McD Sri Gombak :)

Salam semua...
Actually malam ni aku tak plan pun nak online..rasa macam nak rebahkan badan dah tadi lepas solat..tiba-tiba ada satu sms menerjah masuk ke kotak pesanan hp aku..aku budget awek la..sekali bos aku daaaa..rupanya ada tugasan yang belum aku selesaikan..

Kalau diikutkan perkiraan matematik..hari ni aku cuti, so secara majoritinya anggota badan aku semua sudah bersetuju untuk tidak melibatkan pergerakkan untuk urusan kerja hehehe tapi amanah tetap amanah..aku lak lupa nak buat so aku gagahkan diri gak untuk makan fillet-o-fish punya set sambil buat kerja kat McD Sri Gombak..

23/02/2011 ni adalah tarikh rasmi aku tamat perkhidmatan kat syarikat yang aku kerja sekarang. Aku sudah pun mendapat pekerjaan di syarikat lain. Cabaran di tempat baru masih menjadi rahsia Yang Maha Esa, aku harap aku gagah untuk menempuhnya.

Banyak pengalaman yang aku timba di syarikat sekarang, akan aku jadikan panduan untuk menempuh masa yang akan datang sehingga ajal menzahirkan diri. Aku doakan syarikat yang bakal aku tinggalkan ini akan terus maju dan berdaya saing. Aku sangat positif yang syarikat ini akan mengecapi kegemilangan dan terus berjaya...

Kepada geng2 yang duk area sri gombak..kalau nak lepak kat McD sambil2 blogwalking..ajak aku sekali..internet kat sini not bad...cuma masalah parking je hehehe

kay la..aku pun tak leh lama..esok aku kerja..kang tak pasal2 terlajak tidur :)

Selamat Malam Semua!



3 comments:

  1. tiba2 terasa cam kenal plak...hahahaha

    ReplyDelete
  2. seronok lepak2 mcd, sebab boleh menambahkan lemak ! ='=

    ReplyDelete
  3. gudluck semoga lebey berjaya di tmpt baru hehe..

    ReplyDelete