Friday, February 4, 2011

Kawe ado lagi :)

Dah beberapa bulan aku tak update blog aku ni..dah bersawang dah :) ada beberapa sebab yang agak kukuh mengapa aku tak update blog aku ni. pertamanya, pekerjaan aku sekarang menyukarkan aku untuk mencari masa yang sesuai untuk aku bersama dengan blog aku. sedih gak..tapi tak lama lagi aku akan bertukar tempat kerja dan insyaAllah kerja yang baru ni akan memberi ruang untuk aku selalu update blog ni walau tak terlalu kerap.

Sebab pertama aku bertukar kerja sebenarnya bukanlah faktor 'masa' semata-mata. InsyaAllah dalam tahun ini aku akan berkahwin dan aku memerlukan kerja yang boleh membantu aku dari segi kewangan dan masa. Dan dengan izin Yang Maha Esa, peluang itu datang seakan tepat pada masanya dan ini memberi ruang untuk aku untuk tambah pendapatan dan memberi masa untuk aku bersama yang tersayang :)

Walaubagaimanapun aku tak lari dari rasa sedikit 'bersalah' terhadap ex-majikan aku..dia baik dan seorang yang berusaha gigih untuk menaikkan syarikatnya. syarikat itu masih baru (3 tahun) tetapi cukup berdaya saing. aku nampak syarikat ini akan berjaya satu hari nanti cuma persoalanya ialah masa. bagi pihak aku pula, masa tak menyebelahi aku dan aku membuat keputusan untuk memberi notis berhenti setelah berbincang dan mendapatkan beberapa pendapat dari sumber rujukan aku. aku belum tahu untung nasib aku di tempat baru, tetapi keputusan harus dibuat. Aku redha dengan apa jua yang bakal aku tempuhi.

Doakan aku dapat tempuhi semua ini dengan jayanya. Terima kasih sahabat :)

8 comments:

  1. owh ada sebab rupanya lama tak muncul. gudluck dengan kerja baru & tahniah nak naik pelamin tak lama lagi :D

    ReplyDelete
  2. zirconia : thanks ms zirconia..harap2 dengan kerja baru ni dapat la update blog selalu :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...semoga dipermudahkan urusan.
    no regrets ok :)

    ReplyDelete
  4. banyakla ko punya alasan....

    dah-dah..

    lepas ni ko kena bagi 3 entry satu hari...qadhak maaa

    ReplyDelete
  5. chaiyokk !!!!!!

    selalu2 le update blog pas ni eh

    yeeayyyy

    ReplyDelete
  6. apa pon yang awak tgh buat diucapkan selamt la ye

    ReplyDelete