Sunday, October 3, 2010

Bukit Tabur :)

Salah satu puncak di antara byk2 puncak kat bukit tabur

Salam semua dan selamat pagi...hopefully semua sahabat-sahabat aku dalam keadaan sihat walafiat dan happy selalu...sepatutnya hari ni aku ngan sahabat baik aku dah naik bukit broga dah hari ni..kalau ikut plan yang dah disusun rapi dan jitu sejak dari minggu lepas lagi...kita orang dah pun siap naik and turun dah tapi sudah ketentuan yang Maha Pencipta tak mengizinkan kami pergi..jadi plan itu terpaksa dibatalkan untuk hari ini...

Kesnya dua2 terlewat bangun tidur akibat keletihan yang amat sangat kesan daripada aktiviti semalam yang berlanjutan hingga larut malam(ayat dah macam karangan spm)..member aku sebab dia kena gi majlis tunang adik dia...biasalah kalau dah majlis2 mcm ni memerlukan tumpuan dan ketahanan fizikal dan mental hehehe itu yang penat tu..sampai malam gak la baru selesai...yang aku lak..akibat makan terlalu banyak masa open house mak sedara...hehehe..

muka ceria masa sebelum naik bukit tabur

Ingatkan leh aku masukkan entri broga hills untuk kali ni tapi nak buat mcm mana kan..may be next time...kali ni biar la aku ceritakan pasal "Bukit Tabur"...trip ni aku pergi agak tak berapa lama dulu..dalam tahun ni gak cuma tarikh yang spesifik aku tak berapa ingat...lokasi bukit tabur ni tak la jauh sangat dari tempat aku ...kat area Melawati je...dan ketinggian dia tak la tinggi sangat..aku rasa Broga lagi tinggi (menurut sumber yang aku tak pasti leh caya ke tak ) hehehe..berbekalkan info tu aku pun...pergi la memulakan acara pendakian tanpa rasa sangsi dan curiga akan tahap kesukaran bukit ni...

pendakian bermula

Maka aku dengan berbekalkan keazaman yang utuh untuk sampai ke puncak bukit tabur memulakan pendakian bersama-sama kawan2 aku...tanpa keraguan yang munasabah terhadap tahap kesukaran bukit ni. Semakin lama perjalanan mendaki ni aku rasa info yang diberi kat kitaorang telah menimbulkan seribu satu persoalan tapi kami diamkan aje..bukan la nak underesitmate bukit ni tapi info yang diberikan kat kitaorg mcm ada yang tak betul je. Ada yang kata "ala...bukan tinggi sangat pun" dan ada yang kata "kejap je naik pun..sedar2 dah sampai puncak" dan lebih memilukan ada yang kata "ala...landai je" time tu aku rasa mcm tertipu pun ada hehehe tapi dalam banyak2 kepalsuan kata2 member2 aku tu ada la kebenaran terselit di hujung lidah dioarg. Salah satu suspect kejadian ada berkata "perrggghhh view dia lawa" dan itu lah satu2 satunya kebenaran yang aku akui semasa proses soal siasat untuk kes bukit tabur...memang lawa :)

salah satu pemandangan yang mbr aku snap dalam proses menuju ke puncak :)

pada hakikatnya memang bukit tabur ni tak la tinggi sangat tapi tahap kesukaran dia tak mcm broga..bukit tabur lagi susah (pada aku la)..kalau mcm broga ni..lepas turun kita still ada keinginan nak naik lagi next week tapi bukit tabur ni hehehe aku rasa next year pun belum tentu (itu aku la..lain org lain feel dia)...tapi bagi yang belum pernah try..aku suggest gi la sekali...try amik pengalaman,best gak sebenarnya Make sure bawak bekal. Leh picnic kat atas tu...

ini antara 'mini rock climbing' yang terpaksa di tempuh..

pic kat atas ni antara mini rock climbing yang terpaksa di tempuh untuk sampai ke atas dan untuk balik hehehe ini sebab kitaorg naik ikut jalan lain dan akan turun ikut jalan lain...wahhhh..nak tak nak kena la beranikan diri panjat...kat bawah batu batan semua...dah la tak de safety hehehe..risau gak..dan ini bukan satu-satunya mini rock climbing ni..ada beberapa track yang mcm ni lagi tak salah aku...

ini lagi satu cabaran yang terpaksa kitaorg tempuh

pic kat atas ni pulak...lagi satu track yang berbatu batan..agak merbahaya...masa kat laluan ni kena beratur coz kena turun sorang2 and ada jugak yang nak naik (bagi mereka yang pergi dan balik ikut laluan yang sama)...so agak jam la laluan ni...and masa kitaorg gi tu masa cuti so ada byk gak group yang mendaki pada hari tu..masa ni memerlukan keberanian yang hakiki hehehe sebab kita yang akan menentukan kita lepas ke tak, coz masa ni tak de yang leh tolong nak tarik ke or nak sambut kita. That's y aku konklusikan track ni agak bahaya.

yeayyy...kita orang sampai kat atas...

at last...sampai gak kat atas puncak tabur ni...actually menurut abg sham(yang pakai baju cerah)..bukit tabur ni ada beberapa puncak...so ini lah salah satu puncak..untuk kitaorg nak takluk semua puncak aku rasa...next time la kot hehehe kalau jadi la...abg sham ni salah seorang otai gunung kat malaysia ni...korang cuba tanya gunung apa yang dia blm pernah naik(gunung kat malaysia la...)...orang nya best and supporting..kalau nak gi apa2 outdoor..korang contact la dia..mintak ngan aku contact number dia...

pemandangan Kuala Lumpur

ni next week aku gi jerangkang ni pun dia yang handle...abg sham kata, bukit tabur ni kalau first time nak datang kena ada guide coz ada a few org dah sesat kat sini...mmg pun coz jalan dia agak mengelirukan...(pendapat aku)....masa kat atas bukit tabur ni sempat gak la kitaorang menjamu selera roti canai and sandwich :) angin kat sini memang best...sepoi2 bahasa :) kita jugak leh nampak pemandangan KL dari sini...memang best!

track masa dah kat atas agak selesa :)

bila dah sampai kat atas track dia agak mudah and selesa :) masa ni aku agak happy coz tak penat sangat...kitaorang kat atas puncak bukit tabur ni tak la lama sangat memandangkan ada plan lain waktu petang tu pulak...actually bukit tabur ni korang boleh nampak dari highway MRR2..kalau korang lalu dari wangsa maju nak menuju ke gombak...bukit2 yang korang nampak sepanjang jalan tu yea la tu...cuma nak naik kena la naik denga orang yang tahu jalan coz takut sesat lak...tak pasal2 masuk muka dalam buletin utama hehehe..so lepas kitaorang dah sampai atas setangah jam kemudia kita orang turun lalu dusun orang kat area situ...org yang jaga dusun tu pun dah kenal abg sham so tak de la takut sangat hehehe takut bukan apa coz org yg jaga dusun ni pelihara anjing heheh tak pasal2 kena kejar nanti :)

ini dia pic aku masa sampai kat bawah :)

pic kat atas ni muka aku dalam keadaan separuh sedar ehhehe aku pun tak tahu bila masa pic ni diorg snap hehhe..gurau je...kat belakang aku tu dusun buah2an orang kat situ tapi masa tu dah tak de tenaga nak gi 'curi' buah hehehe sampai sini je la kot story aku pasal bukit tabur ni...next week aku cerita pasal air terjun jerangkang..tak sabar lak rasanya :)



15 comments:

  1. wah! best kalau ade aktiviti camni.y best mini rockclimbing tu! advanture tul.hehe.;-)macam mana?best x?

    ReplyDelete
  2. wuahhh besnye~nnt le r bawak krole kat sna heee~

    ReplyDelete
  3. Zaer : Best sgt!bro zaer kena cuba satu kali...

    ReplyDelete
  4. krole : bereh :) next week kitaorg gi jerangkang...jom pergi..camping kat air terjun :)

    ReplyDelete
  5. best nih...asl xajk...huhu
    selama dok kl ni sempat g broga hill je...huhu

    ReplyDelete
  6. hehe...lawaknye mukadimah yg awal tu :p
    kite pegi daki bukit ni awal july.. jom naik lagi :)

    ReplyDelete
  7. perghh.. cantik la track yg kt atas tu..

    ReplyDelete
  8. cOnfuSeME : kalau berminat nanti kalau ada xtvt outdoor kawe roger kat blog kay :)broga pun best jugak :)

    ReplyDelete
  9. Sue : InsyaAllah..ada masa dan ketika kita pergi lagi hehe :)

    ReplyDelete
  10. Solihin : track kat atas tu mmg cantik :)

    ReplyDelete
  11. bro..ade group ke yg slalu naik2 bukit, pnjt2 gunung ni..sy nk join leh bro?bez2..minat..tp xde kaki nk join la..geng2 sy sume cycling naik bukit je diorg minat..

    ReplyDelete
  12. haidi takeAfoto : boleh je nak join..latest nak gi jerangkang jumaat ni..sorry coz lewat baca comment ni..tak perasan..kalau ada apa2 event saya akan post kat sini

    ReplyDelete
  13. Berat awak brp? Agak2 kalo member sy berat 100kg lepas tak naik b.tabur nih??

    ReplyDelete
  14. Tabur ni biase naik pukul brpe?? Die setiap hari bukak kan?? Ahad ni sy ngn kwn2 nk naik. X perlu apa2 permit kn.. first time naik tabur....

    ReplyDelete
  15. Tabur ni biase naik pukul brpe?? Die setiap hari bukak kan?? Ahad ni sy ngn kwn2 nk naik. X perlu apa2 permit kn.. first time naik tabur....

    ReplyDelete