Tuesday, October 12, 2010

Air Terjun Jerangkang :)

Salam semua...
aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...dalam 2,3 hari lepas aku kurang sikit aktiviti berjalan kat blog ni coz petang hari jumaat lepas aku dah bersiap2 nak gi camping kat air terjun jerangkang. Camping kat sana sampai hari Ahad tengah hari...apa yang aku leh cakap kat korang, memang best camping kat sana...kalau boleh aku bagi pendapat yang tulus dari jiwa raga aku ni...air terjun jerangkang lagi best dari air terjun berkelah...mari aku ceritakan susur galur trip aku ke sana...kalau korang boring aku mintak maap awal2 coz aku ni memang tak berapa bagus dalam bab penceritaan ni...disebabkan itu aku akan sertakan ngan visual effect (gambar) supaya keboringan korang terubat.

Ini antara aweks-aweks yang join trip jerangkang [lokasi : RnR Temerloh]

Hari Jumaat tu kitaorg semua dah setuju untuk berkumpul kat stesen lrt gombak kul 10 malam, sebelum bertolak. lepas semua dah ada kitaorg semua pun bertolak tapi itu pun dah kul 12 lebih dah coz ada yang lewat :) biasa la hehehe...tapi itu pun kita org tak gi terus ke sana..kita org berhenti jap kat temerloh punya tempat rehat dan rawat...pekena apa yang patut dulu kat sana :) kebetulan pulak hari tu jatuh pada birthday abg sham (otai gunung) and nia so kitaorg pun celebrate la kat situ...ada salah sorang mbr kitaorg,anis namanya dah prepare awal2 lagi cupcake untuk birthday abg sham ni...anis ni pun sebenarnya usahawan cupcake :)

Cupcake birthday abg sham and nia

Lepas je dari celebrate birthday abang sham and nia serta buang apa yang patut kat toilet RnR termerloh tu maka kami semua bergerak la menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu surau yang berdekatan dengan simpang nak masuk ke jerangkang...kitaorang tak leh nak masuk terus coz nak masuk ke jalan tu hanya leh access ngan 4WD...kitaorang sampai kat surau tu dalam kul 5 am..

aku ngan abg zam menunggu trip nak naik 4WD

Oleh kerana group kitaorg ni ada sebijik je  4WD so kena la ulang alik...dekat 4 trip gak la, 1 trip [pergi balik amik masa 1 jam setengah] letih gak nak menunggu hehehe tapi sempat gak la solat subuh kat surau tu and sebelah surau tu ada kedai makan...kul 6am dia dah bukak so kitaorang lepak kat situ le sementara tunggu trip nak masuk dalam hutan jerangkang :)

Dengan 4wd ni la kitaorang meredah hutan jerangkang.

Dalam agak2 kul 8.30am sampai la turn aku ngan beberapa orang lagi...yang untung nya orang trip last ni tak yah nak berhimpit2 dalam 4wd tu coz org dah tak banyak hehe lagi satu sampai2 je kat campsite makanan dah siap masak..khemah dah siap pasang hehehe datang makan and mandi je...[ini tips untuk org malas nak pasang khemah macam aku]

Tempat kami semua berteduh untuk semalaman :)

Turun je dari 4wd kitaorg kena berjalan dalam 10minit untuk sampai ke campsite. sesampainya kitaorg yang kat campsite, hati kitaorg sangat happy...khemah telah terpasang and bau mee goreng menusuk kalbu heheh pujian harus diberikan pada yang sampai awal kerana menjalankan tugas denga penuh berdedikasi  :) dan tanpa membuang lebih banyak masa aku pun sempat la membelasah 2 pinggan mee goreng yang di masak oleh kak shida...peerrrgggghhhhh best siotttt siap ngan udang lagi...maka rugi lah sesiapa yang tak ikut trip kali ini hehehe..selesai je makan aku terus tukar baju untuk memulakan upacara "bersatu dengan air terjun"...sememangnya upacara ini yang ditunggu-tunggu oleh aku sejak dari stesen lrt gombak lagi...berkat kesabaran akhirnya dapat jugak aku bersatu dengan air terjun jerangkang...besttttt!!!

Air Terjun Jerangkang

Dan tanpa membuang masa aku pun terus mandi la kat air terjun ni...air dia sejuk gile tapi best sgt. dalam pic yang kat atas ni air terjun yang bahagian bawah...ada lagi satu air terjun kat bahagian atas lagi best..masa aku mandi kat sini aku belum tahu lagi air terjun yang kat atas tu best..aku ingat cuma batu2 je byk kat atas...then abg zam telah mempengaruhi aku untuk naik kat atas dan aku menurut saja cadangan abg zam...setibanya aku kat atas...Subahanallah..

cantik view kat air terjun bahagian atas ni

Air terjun yang kat bahagian atas ni lagi best...arus dia tak deras sangat and kawasan untu berenang luas..batu2 ada sikit je tapi aku tak la berenang kat tengah2 tu coz aku ni tak pandai berenang sangat..setakat berendam tu pandai la hehehe kalau korang perhatikan kat pic atas tu air dia ada dua tone colour hijau ngan perang. Yang warna perang tu kawasan batu/tanah manakala yang hijau tu kawasan dalam...memang tak sampai la kaki nak cecah.

Satu terjunan gaya bebas hehehe

pic kat atas ni lak salah satu aksi lagak ngeri hehehe..ye la tu,ngeri la sangat..setakat terjun mcm tu semua org boleh kan...tapi pada aku,memang agak ngeri maklum la aku mana pernah buat sebelum ni..itu pun pakai life jacket..kalau tak de life jacket tak de nya aku berani nak buat..dah la tak pandai nak berenang..susah lak orang nak selamatkan aku..badan pun berat hahaha..

aku dah bersiap sedia nak buat canyoning

pic di atas ni lak aku tgh bersiap sedia nak buat upacara canyoning...canyoning tu ialah terms yang sebenar coz sebelum ni aku ada gak dengar orang panggil water abseiling...menurut otai yang handle program canyoning ni, mana ada terms water abseiling...orang je ada2kan terms tu...canyoning ni dia mcm abseiling kat cerun yang ada air terjun.

upacara canyoning bermula

Masa mula-mula nak buat aktiviti canyoning ni mecut jugak perut, maklum la tak pernah buat kalau pun pernah buat tak la setinggi and air dia tak la sederas kat sini..aku antara org yang last buat aktiviti ni aku tengok byk yang tersangkut and tergelincir...ada yang terkoyak seluar and lebam2 pun ada...tapi alhamdulillah overall semuanya selamat :) sebenarnya apa yang aku cerita ni tak la menarik sangat tapi kalau korang join kitaorang and rasa sendiri lagi best...kat bawah ni aku post a few pic masa kat sana...

geng-geng yang best!

cantik view kat belakang tu :)

ini aku tgh praktikkan ilmu air yang di ajar oleh captain planet :)

ini sesi urut kepala :) bessstttt sgt




23 comments:

  1. Jom....sape nak ikut..kite pegi sungai pisang lak :)

    ReplyDelete
  2. oh..tak dalam ke air tu bro.. takut seyh dalam2 ni~

    ReplyDelete
  3. Sue : jom sungai pisang..dengar kata air terjun dia lagi tinggi :)

    ReplyDelete
  4. Ibnu_ghazali : dalam jugak..itu pasal kawe pakai life jacket hehehe..

    ReplyDelete
  5. wah, mcm best je..air die sgt cntik..

    ReplyDelete
  6. aNySs : memang best sgt anyss...nanti kawe upload lagi pic..tadi masa agak terhad :)

    ReplyDelete
  7. TiKa LEh : view dia mmg cantik...nanti kena plan pergi sekali lagi :)

    ReplyDelete
  8. Perghhhhhhh...entry yang bagus. Penyampaian sempoi. Gambar banyak....Kau pun puas hati...Perghhh


    Dah bersyukur dah?

    ReplyDelete
  9. Irwan : Alhamdulillah..terima kasih kerna mengingatkan aku yang selalu alpa :)

    ReplyDelete
  10. perghhh.. chantek giler air terjun tu..
    nampak petak je.. cam swimming pool..
    uiii.. dhlama tak gi air terjun nie.. ngidam la plak.. huhu..

    ReplyDelete
  11. Solihin Zubir : bro..memang kena pergi sekali kat jerangkang ni...mmg terbaekkkssss

    ReplyDelete
  12. Ramdan : memang best!air kat sana sejukkkkkk

    ReplyDelete
  13. kat mana lokasi air terjun ni? nampak best!

    ReplyDelete
  14. Nobita Sensei : ini direction yg kawe copy kat salah satu web "The Jerangkang Falls can be reached from the KL-Kuantan road. About 30 km after passing Maran, turn left at a signboard 'Hutan Lipur Jerangkang'.

    ReplyDelete
  15. nak pegi air terjun jerangkang...from LPT tu...take exit to Sri Jaya. pastu..follow signboard. but, u need 4WD to access Jerangkang. kalau masuk gune kete proton, confirm jahanam..hehehee...

    ReplyDelete
  16. SukEMakAn : nikmatnya mandi air terjun ni tak terkata hehehe :)

    ReplyDelete
  17. MASZ : cupcake kena order ngan anis hehehe ini blog dia http://anismagicfingers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Sue : Thanks sebab bagi penerangan :) dah pernah pergi ke??hehehehe

    ReplyDelete
  19. dah penah pegi. dah siap tergolek kat waterfall lagi. nasib baik ade tali tahan. kalau tak...tak dapek kuar date dgn pakwe lagi..keh keh keh :p

    ReplyDelete