Monday, September 27, 2010

Tembok Besi Mesir-Gaza

Salam semua..semoga semuanya sihat2 aje...actually masa tgh buat entri ni mata aku ni terasa mengantuk yang amat sangat..di tambah dengan bunyi titisan hujan kat luar tu ..menambahkan lagi bebanan kat kelopak mata ni..adoooiiii...tapi aku gagahkan jugak untuk buat entri ni..kalau tak update nuff tak nak letak ads kat bolg aku pulak hehehe(andaian aku je)...
korang semua still ingat tak entri aku pasal 'tembok kematian'..kalau tak salah masa tu entri aku tajuknya 'life line 4 gaza'...dalam entri tu aku story pasal rejim zionis yg tgh buat tembok yang dinamakan tembok kematian kat sekeliling a..bagi menyekat laluan masuk ke gaza...
kali ni lak..bukan entri yg aku buat sendiri la..ini aku dapat masa aku surf kat laman sesawang haluan palestin (www.haluanpalestin.org)..aku rasa aku patut share ngan korang semua info ni..dari apa yang aku faham la...israel ni memang nak buat tembok sekeliling gaza ni tapi ada balance lagi 11km bukan territory dia...yang 11km ni sempadan gaza and mesir...nak dijadikan cerita geng2 mesir ni pulak buat tembok jugak...maka akan tercipta lah 'negara penjara'..actually aku tak faham kenapa mesir buat mcm tu kat saudara sendiri yang mana saudara kita yg kat gaza tu sedang dizalimi israel..nampak seolah2 macam mesir ni menyokong dan meneruskan hasrat israel..atau dalam bahasa budimannya mesir ni merealisasikan cita-cita israel ni.. 

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.


Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.


FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.



Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.
Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.



Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.
Sumber: sebuahbinaan.blogspot.com

*aku petik sumber ni dari www.haluanpalestin.org


8 comments:

  1. pirate kl : kawe pung baru tahu..ingatkan israel je yang buat...

    ReplyDelete
  2. baru tahu nie.. hehe.. perkongsian yg menarik :)

    zairie recently posted:
    TIPS MENDAPAT TRAFIC MENTAP

    ReplyDelete
  3. zaire husin: Sama2 kita doa biar kemenangan berpihak pada orang islam :)

    ReplyDelete
  4. choyyy, kenapa mesir nak buat jugak.tak ada naluri kemanusiaan ke pun? hurm, kita doakanlah saudara saudara kita kat sana tu. tq for sharing =)

    ReplyDelete
  5. Lady SharpShouter: Itu la pasal...Sian kat saudara kita kat gaza :( Sama kita doakan diaorg kat sana...

    ReplyDelete
  6. kite kene stop makan KFC, mekdi pasni... :)

    ReplyDelete
  7. Sue : Ya betul..kerana pengaliran duit kita ke sana akan menguatkan lagi geng2 israel...ini kalau tak salah termasuk dalam jihad juga :)

    ReplyDelete