Friday, September 10, 2010

Masalah : Duit Raya :)

Salam untuk kalian semua..aku rasa sebelum aku gi solat jumaat ni sempat jugak aku buat lawak yg agak2 kurang kelakar :) maklum dah tgh tak de idea nak post apa..seperti yang sedia maklum bila tibanya hari raya ni ramailah org2 dewasa sibuk duk beratur kat bank2 untuk tukar duit untuk dijadikan duit raya...dan ramai gak yg kecewa bila kebanyakkan nya dah habis...so agak2 korang mcm mana kita nak selesaikan masalah ni?kalau nak dilupuskan terus amalan pemberian duit raya ni...aku rasa nanti persatuan kanak2 sedunia akan membuat demonstrasi secara aman kat depan bangunan parlimen..susah pulak..tadi masa aku tgh duk dengar khutbah raya (seperti biasa la tak berapa khusuk) aku terfikir dan come out dgn satu idea yg agak bernas pada hemat aku..
apa kata kalau time datang beraya kat umah sanak saudara ni budak2 ni bawak bersama number account bank(yg selalunya disimpan kat dalam hp)..and bila tuan rumah bagi alasan duit raya tak sempat nak tukar..bagi je number account tu kat dia and kata kat dia kalau betul2 nak bagi sila lah bank in kan kat dalam account saya ni hehehe dengan cara ni mmg org dewasa tak dapat mengelak untuk memberi duit raya...bagi kanak2 yg belum ada account bank..boleh guna account bank ayah atau ibu hehehe..

p/s : terima kasih kepada 'internet banking' :)

No comments:

Post a Comment