Thursday, September 9, 2010

Lifeline 4 Gaza





Salam di penghujung Ramadhan...actually skrg ni masa rest aku..baru je lepas kemaskan umah and bersihkan halaman umah untuk acara esok..agak letih tapi biasa la bila mood raya dah sampai kurang la rasa letih ni..tapi dalam masa yang sama perasaan sedih menerobos masuk jauh di sudut hati aku ni(ayat mcm nak exam BM)..satu sebab bulan Ramadhan nak meninggalkan kita...bulan yg penuh keberkatan..terdetik kat hati aku..adakah aku dah mengambil kesempatan yang diberi untuk beramal?..atau berpuasa sekadar tahan lapar dan dahaga?mari kita panjatkan doa agar puasa dan amalan kita diterima olehNya..amin...
Dan lagi satu bila terkenangkan saudara2 kita di Gaza..mcm mana lah diaorg nak gembira di hari raya dalam keadaan didesak dan dizalimi rejim zionist..sebelum aku balik kelantan untuk hari raya,aku sempat singgah kat kl sentral..untuk aku naik train g kelana jaya jumpa mbr aku..pandangan aku terhenti kat satu booth tingkat atas(masa tu aku dari tingkat atas nak turun amik train lrt)..

Rupa-rupanya booth tu ialah Aman Malaysia yang punya denga kerjasama NGO2 yang lain..salah satunya ialah 'Lifeline 4 Gaza' (http://www.lifeline4gaza.org/)...so booth tu menarik perhatian aku untuk aku singgah jap..actually pandangan mata aku tertarik pada tshirt yang kat kaunter tu coz aku kan minat print tshirt so nak la tgk kualiti tshirt2 lain...so bermula la interaksi aku bersama yang menjaga kaunter..mula2 aku tanya harga baju tu sambil2 meneliti tshirt tu..then aku tanya..booth ni untuk apa?diaorg kata untuk bagi informasi2 tentang apa yg berlaku di gaza sebenarnya dan apa yg rejim zionist cuba lakukan..

memandangkan aku ni kurang tgk berita and baca surat kbr..setakat baca online je..so aku dengar dengan penuh khusuk..pihak israel sedang membuat 'wall' setinggi 8 metter dan tembok ini kalau tak salah aku la sejauh 800km mengelilingi jerusalem dan penduduk2 gaza akan 'terperangkap' kat dalam tu...tembok tu belum 100% siap..aku tak tahu la apa akan jadi kalau tembok tu dah siap..skrg ni penduduk gaza terpaksa merisikokan diri mereka menggali 'tunnel' untuk keluar dari situ secara rahsia dan untuk mendapatkan apa saja bantuan yg mereka perlukan..aku ada google pic tembok tu kat internet untuk korang tengok..
malangnya aku tak leh lama kat kl sentral tu coz aku ada janji ngan mbr kat kelana jaya..pertubuhan ini memerlukan sokongan kita coz diaorg pun perlukan modal untuk bagi bantuan kat gaza ni..so sapa2 yang ada rezeki lebih leh la contact diaorg kalau nak bagi derma...and kalau boleh kurangkan atau tak yah la gi kat restoran2 yang ada direct link ngan yahudi ni..coz secara tak langsung kita menambahkan kekuatan diaorg untuk perangi islam..tak semua benda kita leh boikot tapi kalau boleh boikot and beli barangan buatan islam ..apa salahnya..kalau di ajukan soalan "apakah usaha kamu dalam membantu saudara2mu dia gaza yg sedang dizalimi selain doa?kita nak jawab apa..nak gi perang kat sana sah2 byk yg takut dari berani kan?..so kita cuba la sedaya mampu kita..itu pun di kira jihad..dan lagi satu..mari lah kita banyakkan berdoa dan solat hajat..disamping hajat2 kita yg lain kita selitkan lah doa untuk saudara seagama kita di sana dan di mana jua :) sampai sini lah dulu coretan aku buat kali ni..kalau ada info yg salah tentang di atas harap dimaklumkan..aku manusia biasa je..byk melakukan kesalahan..selamat hari raya dan maaf zahir dan batin :)

4 comments:

  1. semoga umat Islam akan dilindungi..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah menghancurkan dajal2 yg cuba menghina umat islam...slmat hari raya & dah follow pun blog ni....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..kena bantu jugak saudara2 kita di Palestin.Negara Islam sedunia tak boleh duduk senyap je lihat..

    ReplyDelete
  4. terasa nak bantu sangat dorang.Nak hulurkan derma termampu,tapi diri sendiri perlukan duet ketika ni.InsyaAllah kalau dah kerja nanti akan di sumbangkan untuk saudara palestin yang memerlukan

    ReplyDelete