Sunday, September 19, 2010

Balik KL balik :(

Salam semua..sure korang semua tgh sibuk blogwalking skrg ni hehehe..biasanya skrg ni la kesesakkan lalulintas kat blog2 berlaku..kadang2 sampai tak dapat nak trace balik sapa yang dah visit kita hehehe..kalau terlepas pandang tu mintak maaf byk2 la..maybe tak sengaja...

Esok aku akan bertolak ke kl balik..setelah bercuti panjang..malam ni kena la tidur awal sikit..hopefully jalan tak jam mcm 2,3 hari yg lepas...tadi masa aku tunggu mak aku kat klinik sempat gak berbual ngan makcik2 yang ada kat situ..diorg cerita, anak2 diaorg yg balik kl semalam bertolak kul 8 pagi..sampai kul 8 mlm...maakkk aiii..12 jam perjalanan...lama tu.. sepatutnya kelantan ke kl dalam 6 jam je dah leh sampai...harap2 esok tak jam la...

ermm malas nak nak cerita pasal jam ni..nak tak nak kena tempuh jugak esok..so kita hope for the best je la kan..aku rasa esok dah tak jam sgt coz ramai yg dah start kerja...ni yg best kerja sendiri..leh plan masa ikut kesesuaian :)

bila kat kl nanti aku plan nak naik bukit broga..paling tak pun 2 minggu sekali..hehhe kasi kempis sikit perut ni..aku rasa berat badan aku naik selama aku kat kelantan ni..mana taknya sekali makan 2 pinggan nasik..ini bahayanya masakkan ibu ni..tak leh nak elak :) mmg best..terbaikkkksss! so sapa2 nak ikut aku naik broga hujung minggu roger je la kay..

Actually dah 2,3 kali gak aku naik kat sana..view kat sana cantik..berpeluh pun boleh tahan gak..bagus untuk kesihatan :) lagi pun aku ni pun kira trainning gak la kat broga ni coz tahun depan plan nak naik kinabalu..hahaha..agak2 leh sampai puncak kinabalu tak :) ?..InsyaAllah






4 comments:

  1. puncak kinabalu? insyaAllah boleh sampai. dimana ada kemahuan, disitu ada jalan... :)

    ReplyDelete
  2. red apple candleliz : joooooommmmmmm..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Sue : InsyaAllah..kawe akan berusaha supaya boleh sampai puncak :)

    ReplyDelete