Wednesday, September 15, 2010

Apa Pendapat Korang?

Hari raya dah berlalu...maksud aku hari raya yang pertama kedua and ketiga..coz time tu je la yg meriah tahap gabannya :) lepas 3 hari tu yang tinggal hanya lah serdak2 kuih, ibu tua di kampung..ayah tua yang pergi menoreh getah dan ayam, itik,lembu dan kambing di kampung...berduyun2 kereta kembali menyibukkan kan kotaraya yang tak pernah tidur..apa yang kita dapat dari sebulan berpuasa dan hari raya..apa natijahnya..?apa pengajarannya..?adakah kita sudah kuat untuk tidak hanyut dengan bisikan iblis dan syaitan yang kembali ke dunia untuk satu tujuan yg jelas(meyesatkan kan umat manusia)?...itu persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku...mari kita saksikan bersama2 as the time goes by...kalau betul puasa di bulan ramadhan memberikan impak pada kita..InsyaAllah kadar kemaksiatan di negara kita akan turun secara mendadak...atau puasa kita di bulan ramadahan hanyalah satu syarat untuk kita untuk menyambut hari raya...?kalau itu lah tujuan puasa kita maka keadaan tentu takkan berubah malah akan menjadi makin teruk aku rasa...

Sentuh bab hari raya...masa time raya semua datang ke masjid2,surau2 untuk berhari raya dengan pakaian yang cantik2 serta bau2an yg pada aku semerbak dan ada yg menusuk hidung hehehe..tapi mari kita renungkan..solat hari raya itu ibadat sunat..boleh pun kita gi ramai2 gi masjid..dengar khutbah..ramai2...tapi mengapa solat fardhu kita masjid jadi lengang..satu saf pun jarang2 penuh..aku bukan nak kata kat org lain..aku pun sama gak..sama2 lah kita rungkaikan kenapa..?kalau korang ada solution atau sebab2 yg korang tahu..sila lah bagi komen :)
macam tu jugak ngan solat terawikh..kadang2 kena solat kat luar coz surau dan masjid penuh...kalau pada aku yg jahil ni la..kalau nak dibandingkan solat fardhu dan terawikh..aku rasa solat fardhu lagi tinggi martabatnya..coz kalau kita tinggal..berdosa besar..tapi kalau terawikh,kalau tak gi pun tak apa..adakah kita memenuhkan masjid bukan kerana Allah s.w.t ?adakah kita memenuhkan masjid cuma sempena sesuatu sambutan sahaja?sentuh bab ni aku teringat masa aku kat UUM dulu..ada member baik aku ni..tak yah la aku sebut nama..kalau sebut pun byk antara korang tak kenal pun hehehe..aku nampak jarang dia solat..tapi kalau time minggu exam...selalu lak nampak dia solat..aku nampak coz aku roommate dia :) bagus la kalau dia solat tapi lagi bagus kalau berterusan :) kan?
Kita berterusan buat maksiat(maksiat ni luas pengertiannya..tapi pada dasarnya perkara2 yg salah la)...tidakkah kita takut pada kematian..?mati itu benar..kita semua akan mati..semua org tahu..tapi kenapa org tak beramal untuk bekalan time mati nanti..seriously..byk kematian yg kita tak sangka berlaku time raya ni....persoalanya..sehari sebelum kematian diorg..diorg tahu tak yg esok diaorg akan mati?..sudah tentu tidak kan..coz mati itu rahsia Allah s.w.t.mcm mana kalau ajal kita esok?..bersediakah kita?...aku teringat kata2 cikgu aku(non muslim)..dia tanya kat kelas.."kalau kita tgk dalam keranda(bagi dia),apa yg kita akan nampak?...semua org jawab "mesti la mayat(jasad)"...then dia balas balik.."betul....kita nampak org mati la kan...kita tak nampak dia(si mati) tua ke muda ke...jawapan kita semua kita nampak org mati..so maknanya kematian ni datang tak kira umur" betul jugak kata2 cikgu aku ni..kenyataan ni dah tertanam dalam diri aku dah lama..aku tahu kematian tu boleh jadi kat sapa2 tapi kita buat tak tahu..until ada org yg menyedarkan kita...aku ni panjang lak tulis..sampai sini dula la dulu..dahaga lak rasanya..aku pun tak tahu korang ni baca ke tak tulisan aku ni hehehe







12 comments:

  1. betul an...especially solat terawikh tu. penuh je masjid. sedangkan solat yg fardu masjid pun kosong. taktaulah ape niat masing2 bile tunaikan solat tu. itu biarlah Allah yg menilainya. yg penting...kita dah cuba buat yg terbaik. sometime, pegi masjid pun..belum tentu betul niatnya. ntahlah..susah nak tafsir benda ni. semuanya berbalik pd diri sendiri dan biarlah Allah yg menilai semuanya....

    ReplyDelete
  2. sue: betul tu sue...niat tu yang penting :)

    ReplyDelete
  3. mr territory...betulkan time zone awak tu. org dah masuk 15hb...apesal masih 14hb lagi..hehe. ni ikut time zone negara mane? ahakss.. :p

    ReplyDelete
  4. alamak..betul la..ni time ikut baitulmuqaddis...orait..dah tukar :)

    ReplyDelete
  5. gua ttp beraya sampai skrg.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. pendapat aku...
    setiap org tau dorang akan mati tapi cam buat2 lupa bila masing2 tgh seronok (even aku sendiri) walhal malaikat maut datang melawat kita berkali-kali sehari

    tabiklah utk muslim yg sentiasa istiqamah dgn solat dan ibadat2 yg lain.manusia selalu lupakan Allah, bila terdesak baru nak solat/berdoa

    bro, ko disablekan word veri leh x?baru senang nak komen :)

    ReplyDelete
  7. ramai hanya mengormati ramadhan tidak pd bulan2 yg lain. begitu juga amalan. mereka hanya mengerjakan pd bln puasa sahaja. org selalu bertanya, puasa tak? tapi selalu ker kt dengar.. sembahyang tak? walaupun kedua2nya rukun islam, tapi kalau ikut tertib, mn yg dulu. sdh tentu solat. sesungguhnya solat itu tiang agama. kalau tak solat, runtuhlah agama tu.. btl tak?

    ReplyDelete
  8. Dark Half :betul tu..malaikat maut selalu datang jenguk kita setiap hari..tapi byk antara kita masih leka..termasuk aku gak..thanks bro..

    mcm mana nak disablekan word veri tu?aku tak berapa pandai bab tu :) harap dapat di ajarkan :)

    ReplyDelete
  9. sale_ehs gerrard : betul tu..tepat sekali :)

    ReplyDelete
  10. bro,
    disable word verification
    dashboard>settings>comments>
    pastu cari 'Show word verification for comments?'
    tick no

    aku pun x tau gak dulu.seb baik ade org ajar:)

    ReplyDelete