Friday, September 24, 2010

Air Terjun Berkelah :)

air terjun berkelah

Salam untuk semua yg membaca blog aku ni..Malam ni susah pulak aku nak lelap mata..tadi aku gi kat area wangsa maju coz kereta mak sedara aku overheat..aku ni tak la terer sgt bab-bab kereta ni..so aku gi ngan adik aku..adik aku ni mmg study dalam bidang automotive dulu..dia la jadi pomen dalam family hehehe..rupa2nya kipas kereta tu tak berfungsi..nak tak nak kereta tu kena bawak balik umah akak aku and kitaorg gi hantar mak sedara aku kat cheras(umah dia)...dah sampai umah balik aku pun mandi..itu yg jadi tak leh nak tidur tu hehehe mata tgh segar bugar kena pancutan air paip kul 1 pagi...sejuk memang sejuk tapi layan gak la..tapi tak leh amalkan selalu, nanti mcm2 penyakit datang..

So aku pun on la notebook ni..buat blogwalking :) actually tgh pening nak buat entri baru..aku ni bukan la byk idea sgt..kalau aku buat entri pasal kehidupan aku seharian sapa la nak baca kan..aku ni bukan artis ke tokoh negara ke ahli politik ke..karang meluat lak korang..tapi kalau terdesak sgt sebab tak de idea aku belasah je hehehe..so bila duk tgk2 pic kat fb datang la idea :) meh aku cerita pasal trip aku ngan geng2 outdoor aku gi kat air terjun berkelah (pic kat atas)

lepas kita orang dah naik gunung nuang and gunung irau..ada yang suggest nak gi outdoor kat tempat yang releks sikit..tak de la longgar sgt tempurung lutut ni asyik duk panjat gunung je :) so kitaorg setuju nak gi kat Air Terjun Berkelah...ada antara kitaorg yg dah pernah gi kat sini sebelum ni..menurut apa yang diceritakan mmg tempat ni best..so aku mmg la teruja sgt..mana taknya dah lama tak mandi air terjun :)

aku(tgh duduk),salman(tgh bakar sausage) and abg sham(otai gunung)

masa gi kat air terjun berkelah ni mmg dalam kepala aku ni tak terfikir langsung nak post dalam blog heheh blog pun tak de lagi masa tu...jd tak byk sgt la pic yg aku snap..coz masa kat sana lebih terdorong nak mandi,berendam and borak ngan mbr2..pic kat atas ni masa tgh malam..duk layan bakar ayam,sausage dan mcm2 lagi la makanan untuk dinikmati malam tu..cuma aku frust sikit coz salah seekor ayam yang diorg bawak tu ayam pencen hehehe so agak keras la isi dia..nak tercabut gigi aku gigit isi ayam tu :) tapi overall makan sepanjang trip tu memuaskan hati aku :)

campsite pada waktu malam

actually ni malam last kat sana..ni lepas penat berjalan untuk sampai kat air terjun yg kat atas sekali(pic kat atas)...aku letak pic ni pun sebab nak tunjuk campsite tapi tak berapa nampak hehehe..kalau la aku tahu aku akan wujudkan blog seperti hari ni mmg byk la pic aku snap..tak pe..tak pe..nanti kat jerangkang aku snap byk2 :) campsite kitaorg tu kira kat area tgh2 la dari tempat parking kereta...jauh gak nak berjalan gi kat campsite ni (pada aku la)...dari campsite nak gi kat air terjun kat atas sekali lagi la jauh..tapi sepanjang perjalanan naik atas mmg best coz kita lalu sebelah air mengalir..perggghhh best la..kurang sikit rasa penat...

aku tgh tidur dalam air (best gileeeerrr)

ni masa aku buat terapi urut kepala hehehe..layan jugak :)

pic kat atas tu pic aku tgh tidur dalam air hehehe tak la tidur cuma baring je..sungai ni kat sebelah campsite je..bangun pagi tu..terus lompat masuk air hehe air kat situ sejuk...mula2 masuk mmg la tak tahan tapi lepas dah berendam rasa mcm tak nak naik...


ini la pic air terjun yang kat atas sekali...cantik kan?kalau korang belum pernah gi..memang kena gi sekali..bukan paksa tapi aku mmg recommend la korang gi..memang tak rugi..air kat belakang (yg nampak mcm kolam tu) dalam gile..menurut salman(mbr aku) kalau dia terjun tiruk pun tak leh cecah kat bawah sungai tu..dia try gak pergi menyelam tapi mmg tak sampai...aku ni dah la tak pandai sangat berenang...hehehe aku pandai berenang ala-ala kuak lentang je..berenang gaya bebas aku tak reti..coz arwah ayah aku sempat ajar berenang ala-ala kuak lentang je..yg lain dia ajar tapi aku yg tak leh nak buat :)

so..aku beranikan diri untuk berenang ke seberang sana...tapi pakai life jacket la hehehe...kalau korang tengok dalam pic kat atas ni yg tgh berenang tu aku la tu..time berenang ni mcm2 dalam kepala otak aku...risau ada ikan besar la..raksaksa la..kena tarik masuk dalam air oleh lembaga atau makhluk lain la..mcm2...tapi alhamdulillah tak de apa yang berlaku..semuanya selamat :)


last sekali..ini la aku..bagi korang yang belum kenal aku..coz dalam blog ni ada yang ingat aku ni awek hahahah maybe sebab aku guna nama "My tErRiToRy" kot...so, kalau agak2 jumpa kat mana2 tegur la..leh kita gi layan teh tarik ke kopi ke...and itu antara t-shirt yang awal aku print (sempat lagi promote)..itu saje la untuk awal pagi ni..jam pun dah kul 2.32am...nti lewat lak bangun subuh...jumpa korang di lain post :)


lupa lak nak letak pic ni semalam(baru add pagi ni)..masa aku on d way balik from air terjun berkelah tu geng2 ni singgah kat kuala gandah tgk gajah..kat deerland...bagi makan kat rusa..pergghhh layan gak..risau je masa bagi makan kat rusa tu..takut dia gigit tangan tapi menurut penjaga kat situ..tak pe..coz rusa ni dia tak de gigi atas(or gigi bawah...aku pun dah tak ingat hehehe)...masa kat deerlad tu aku sempat bergambar ngan beruang ni...menurut cerita beruang ni duk kat sini dari dia kecik lagi..mak ngan ayah dia kena bunuh ngan pemburu haram..kesian kan..tak patut betul..so disebabkan dia anak yatim aku gosok2 la dia...moga2 dapat pahala :)


ni masa kat kuala gandah..santuari gajah..actually kalau kita gi awal..kita leh mandi dengan gajah dalam sungai berdekatan tapi sebab aku ngan geng aku lewat so tak dapat la...tapi kebetulan pulak hari tu mmg gajah2 ni diorg tak bagi mandi kat sungai coz baru lepas hujan..air sungai naik...so tak la frust sgt sebab kitaorg lewat :)
...fyi nama gajah ni sanom..dia gajah ni tak de ekor hehehe kena gigit ngan harimau(menurut penjaga gajah ni la)...so harimau sempat makan  sup ekor gajah :) sian kat sanom..


pic yg ni lak time aku nak bagi makan rusa..ni bukan aku saje2 naikkan dua-dua belah tangan aku..tapi mmg caranya nak bagi makan kat diaorg ni mcm ni..coz kalau kita letak kat bawah diaorg akan datang serbu and kemungkinan boleh tolak kita sampai jatuh...tugas ni memerlukan semangat yg kental dan keberanian yg hakiki hehehe just kidding :)


p/s : kalau rajin bagi la comment kay..really appreciate it..take care :)


18 comments:

  1. oh, blog post baru..mantop2

    air terjun berkelah tu kat mane?Nak pergi jugak le~

    ReplyDelete
  2. ibnu ghazali: air terjun berkelah ni between Maran and Kuantan..best oooooo kena pergi sekali :)

    ReplyDelete
  3. sharifuddin N shakina : salam guys..kedai blm ada lagi..biz kecil2an je :) doakan biar jadi besar kay..thanks

    ReplyDelete
  4. haha...harap kat jerangkang, takdelah ayam pencen lagi. nak tercabut gigi...gigit2 tak dapat jugak!

    ReplyDelete
  5. sue : itu la pasal...kalau dapat ayam dara ke ayam goreng rempah ke..best gak hehehe

    ReplyDelete
  6. wahhh.. beshnya ayaq terjun tu..
    errr.. jinak ke beruang tu? huhu..

    ReplyDelete
  7. solihin zubir : agak jinak jugak hehehe..air terjun memang teeeerrrrbbaaaeeekkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  8. NARDtheNERD : 'sanom' nama gajah tu :)

    ReplyDelete
  9. seronoknya mandi air terjun....

    ReplyDelete
  10. e..bestnyer~ teringin lak nk g kat cni

    ReplyDelete
  11. KM7: memang seronok sgt2 hehehe..bulan depan air terjun jerangkang :)

    ReplyDelete
  12. Gayahspears: jom cik gayah..bulan depan 8/10 ni nak gi air terjun jerangkang..menurut sumber2 yang boleh dipercayai lagi best dan cantik dari berkelah :)

    ReplyDelete
  13. air terjun berkelah dkt dgn gambang, kuantan...
    =)

    ReplyDelete
  14. mimi fatihah : mimi pernah pergi ke?best kan :)

    ReplyDelete
  15. ehhhh beruang tue tak garang kew? dia tido ea???

    ReplyDelete
  16. yayalya: beruang tu tgh makan..makan kayu berintikan anai2 kalau tak silap..anai2 masak lomak cili api hehehe..sbenarnya tgh takut gak masa tu..tgk kuku dia..kalau sekali libas memang tak sempat elak hehehe

    ReplyDelete