Thursday, September 30, 2010

-Sekalung Penghargaan-


Salam semua...Entri aku kali aku nak merakamkan penghargaan pada 2 company ni yang dah memilih blog aku untuk mengiklankan product diaorg..walaupun apa yang aku dapat tak seberapa lagi tapi 'better than nothing' kan..lagi pun aku masih baru lagi kat arena blogging ni :) 
Buat masa skrg aku lum lagi boleh letak kan screen shot nuffnang yang membuktikan aku dapat buffered earning (actually tak penting pun coz korang pun dapat gak kan..lagi byk dari aku) coz aku tak pandai nak convertkan jadi jpeg :) kena tunggu adik aku balik dari kelantan hehehe..dia master bab2 ni...apa2 pun InsyaAllah di masa2 akan datang...kawe akan publish kay...


Actually mula2 aku tak perasan yang aku dapat 'buffered earning' atau 'pendapatan terumpuk' ni...ceritanya mcm ni...isnin lepas, seperti biasa aku bangun la awal pagi untuk check earning updates tapi mr nuff blm update lagi so aku dengan mood yang agak frust pun start la blogwalking :( ...keesokkan harinya aku check lagi..but still tak update...tahap kesabaran aku pun telah menurun sebanyak 20% ...aku check la hari rabu...pun tak de gak...yang membuatkan aku tak perasan tu korang nak tahu tak sebab apa?...


sebab teknik aku check earning ni ialah dengan cara menggerakkan mouse ni ke icon earning je..so terus terpampang amount yang tak diupdate dari minggu lepas...tak la pulak aku terfikir nak click icon tu untuk tgk details...frust gile aku masa tu...so nak dijadikan cerita...lepas dua hari frust menonggeng(isnin dan selasa)..hari rabu tu...time aku nak check jumlah unique visitor..aku dengan tak sengaja ter'click' kat icon earning tu..tiba-tiba..!!!

aku nampak la perkataan "pendapatan terumpuk"...walaupun jumlah pendapatan tak la seberapa tapi aku happy..dan bersyukur :) penghargaan ni aku panjangkan juga kepada team nuffnang :) semoga aku akan dapat lagi pendapatan terumpuk ni di masa-masa akan datang...sekian terima kasih



Tuesday, September 28, 2010

"Kita masih belum terlepas daripada tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..."

Salam semua...di kala ni aku agak kehabisan idea nak tulis apa kat entri aku...tapi time aku check email tadi aku tertarik ngan satu email yg di hantar pada aku oleh akak aku...(akak aku ni mmg rajin bab fwd email ni hehehe)


selalunya aku tak baca tapi kali ni tajuknya agak menarik " kita masih belum terlepas daripada tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..." 

Agak tersentak dan tersentap jugak aku bila dah habis membaca karya atau kisah benar (belum dapat dipastikan) yang di tulis oleh "Jeram Pasu" ni..(orang kelantan kot)...dan aku rasa terpanggil untuk berkongsi email ini ngan sahabat2 blog aku..aku harap kita dapat sama2 ambil iktibar dari cerita ni...yang baik kita jadikan tauladan yang sebaliknya kita jadikan sempadan...

aku harap korang dapat baca sampai habis cerita ni...mari sama2 kita hayati kisah ini...


Oleh Jeram Pasu
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
 

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
 

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
 

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.
 Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair.
 Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. 
"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah! 

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...
 

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
 

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
 

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
 

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?

Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu? 

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
 

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?
 

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
 

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
 Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? 

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
 
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? 

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
 

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
 

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
 

Dan satu lagi,
 jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. 

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
 

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
 Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. 

Aku ingin berdakwah!
 

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
 

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



p/s : Apa pendapat kamu semua wahai sahabat2 aku?


Monday, September 27, 2010

Tembok Besi Mesir-Gaza

Salam semua..semoga semuanya sihat2 aje...actually masa tgh buat entri ni mata aku ni terasa mengantuk yang amat sangat..di tambah dengan bunyi titisan hujan kat luar tu ..menambahkan lagi bebanan kat kelopak mata ni..adoooiiii...tapi aku gagahkan jugak untuk buat entri ni..kalau tak update nuff tak nak letak ads kat bolg aku pulak hehehe(andaian aku je)...
korang semua still ingat tak entri aku pasal 'tembok kematian'..kalau tak salah masa tu entri aku tajuknya 'life line 4 gaza'...dalam entri tu aku story pasal rejim zionis yg tgh buat tembok yang dinamakan tembok kematian kat sekeliling a..bagi menyekat laluan masuk ke gaza...
kali ni lak..bukan entri yg aku buat sendiri la..ini aku dapat masa aku surf kat laman sesawang haluan palestin (www.haluanpalestin.org)..aku rasa aku patut share ngan korang semua info ni..dari apa yang aku faham la...israel ni memang nak buat tembok sekeliling gaza ni tapi ada balance lagi 11km bukan territory dia...yang 11km ni sempadan gaza and mesir...nak dijadikan cerita geng2 mesir ni pulak buat tembok jugak...maka akan tercipta lah 'negara penjara'..actually aku tak faham kenapa mesir buat mcm tu kat saudara sendiri yang mana saudara kita yg kat gaza tu sedang dizalimi israel..nampak seolah2 macam mesir ni menyokong dan meneruskan hasrat israel..atau dalam bahasa budimannya mesir ni merealisasikan cita-cita israel ni.. 

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.


Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.


FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.



Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.
Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.



Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.
Sumber: sebuahbinaan.blogspot.com

*aku petik sumber ni dari www.haluanpalestin.org


Sunday, September 26, 2010

Kasihku

Kasihku,
Dalam perjalanan hidup aku sebelum aku bertemu dengan mu
telah banyak kelalaian dan kealpaan yang telah aku lalui
telah banyak nikmat yang datang padaku tanpa aku syukuri
telah banyak dosa yang telah aku lakukan tanpa aku sedari
walau dosa dalam sedar tidak aku kesali
telah banyak masa yang telah diberikan padaku berlalu pergi
telah banyak aku menelan nikmat tanpa aku ketahui
tanpa aku mengingati Yang Maha Pencipta...

Kasihku,
Walau aku tahu akan hakikat manusia itu tidak terlepas dari melakukan dosa
namun aku mahu kita berusaha untuk mengelakkan sedaya mampu
kerana baru sekarang aku benar-benar memahami hakikat
yang "hidup ini hanyalah sementara dan akhirat kekal abadi"
sesungguhnya mati itu benar,seksa kubur itu benar,syurga dan neraka itu benar
walau kita beriman dengan hakikat ini namun kebanyakkan kita alpa dan terleka
dengan keindahan fatamorgana

Kasihku,
InsyaAllah kita akan dihalalkan tidak lama lagi,
mengapa kita mahu melakukan yang haram
walau perbuatan itu kecil di mata kita tetap juga akan di hitung di hari pembalasan
kita mengharapkan keredhanNya tapi kita melakukan kemurkaanNya
kita mengharapkan belas kasihanNya namun kita melupakanNya
sama-samalah kita berdoa agar perhubungan ini diberkati
dan berakhir dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat














Friday, September 24, 2010

Air Terjun Berkelah :)

air terjun berkelah

Salam untuk semua yg membaca blog aku ni..Malam ni susah pulak aku nak lelap mata..tadi aku gi kat area wangsa maju coz kereta mak sedara aku overheat..aku ni tak la terer sgt bab-bab kereta ni..so aku gi ngan adik aku..adik aku ni mmg study dalam bidang automotive dulu..dia la jadi pomen dalam family hehehe..rupa2nya kipas kereta tu tak berfungsi..nak tak nak kereta tu kena bawak balik umah akak aku and kitaorg gi hantar mak sedara aku kat cheras(umah dia)...dah sampai umah balik aku pun mandi..itu yg jadi tak leh nak tidur tu hehehe mata tgh segar bugar kena pancutan air paip kul 1 pagi...sejuk memang sejuk tapi layan gak la..tapi tak leh amalkan selalu, nanti mcm2 penyakit datang..

So aku pun on la notebook ni..buat blogwalking :) actually tgh pening nak buat entri baru..aku ni bukan la byk idea sgt..kalau aku buat entri pasal kehidupan aku seharian sapa la nak baca kan..aku ni bukan artis ke tokoh negara ke ahli politik ke..karang meluat lak korang..tapi kalau terdesak sgt sebab tak de idea aku belasah je hehehe..so bila duk tgk2 pic kat fb datang la idea :) meh aku cerita pasal trip aku ngan geng2 outdoor aku gi kat air terjun berkelah (pic kat atas)

lepas kita orang dah naik gunung nuang and gunung irau..ada yang suggest nak gi outdoor kat tempat yang releks sikit..tak de la longgar sgt tempurung lutut ni asyik duk panjat gunung je :) so kitaorg setuju nak gi kat Air Terjun Berkelah...ada antara kitaorg yg dah pernah gi kat sini sebelum ni..menurut apa yang diceritakan mmg tempat ni best..so aku mmg la teruja sgt..mana taknya dah lama tak mandi air terjun :)

aku(tgh duduk),salman(tgh bakar sausage) and abg sham(otai gunung)

masa gi kat air terjun berkelah ni mmg dalam kepala aku ni tak terfikir langsung nak post dalam blog heheh blog pun tak de lagi masa tu...jd tak byk sgt la pic yg aku snap..coz masa kat sana lebih terdorong nak mandi,berendam and borak ngan mbr2..pic kat atas ni masa tgh malam..duk layan bakar ayam,sausage dan mcm2 lagi la makanan untuk dinikmati malam tu..cuma aku frust sikit coz salah seekor ayam yang diorg bawak tu ayam pencen hehehe so agak keras la isi dia..nak tercabut gigi aku gigit isi ayam tu :) tapi overall makan sepanjang trip tu memuaskan hati aku :)

campsite pada waktu malam

actually ni malam last kat sana..ni lepas penat berjalan untuk sampai kat air terjun yg kat atas sekali(pic kat atas)...aku letak pic ni pun sebab nak tunjuk campsite tapi tak berapa nampak hehehe..kalau la aku tahu aku akan wujudkan blog seperti hari ni mmg byk la pic aku snap..tak pe..tak pe..nanti kat jerangkang aku snap byk2 :) campsite kitaorg tu kira kat area tgh2 la dari tempat parking kereta...jauh gak nak berjalan gi kat campsite ni (pada aku la)...dari campsite nak gi kat air terjun kat atas sekali lagi la jauh..tapi sepanjang perjalanan naik atas mmg best coz kita lalu sebelah air mengalir..perggghhh best la..kurang sikit rasa penat...

aku tgh tidur dalam air (best gileeeerrr)

ni masa aku buat terapi urut kepala hehehe..layan jugak :)

pic kat atas tu pic aku tgh tidur dalam air hehehe tak la tidur cuma baring je..sungai ni kat sebelah campsite je..bangun pagi tu..terus lompat masuk air hehe air kat situ sejuk...mula2 masuk mmg la tak tahan tapi lepas dah berendam rasa mcm tak nak naik...


ini la pic air terjun yang kat atas sekali...cantik kan?kalau korang belum pernah gi..memang kena gi sekali..bukan paksa tapi aku mmg recommend la korang gi..memang tak rugi..air kat belakang (yg nampak mcm kolam tu) dalam gile..menurut salman(mbr aku) kalau dia terjun tiruk pun tak leh cecah kat bawah sungai tu..dia try gak pergi menyelam tapi mmg tak sampai...aku ni dah la tak pandai sangat berenang...hehehe aku pandai berenang ala-ala kuak lentang je..berenang gaya bebas aku tak reti..coz arwah ayah aku sempat ajar berenang ala-ala kuak lentang je..yg lain dia ajar tapi aku yg tak leh nak buat :)

so..aku beranikan diri untuk berenang ke seberang sana...tapi pakai life jacket la hehehe...kalau korang tengok dalam pic kat atas ni yg tgh berenang tu aku la tu..time berenang ni mcm2 dalam kepala otak aku...risau ada ikan besar la..raksaksa la..kena tarik masuk dalam air oleh lembaga atau makhluk lain la..mcm2...tapi alhamdulillah tak de apa yang berlaku..semuanya selamat :)


last sekali..ini la aku..bagi korang yang belum kenal aku..coz dalam blog ni ada yang ingat aku ni awek hahahah maybe sebab aku guna nama "My tErRiToRy" kot...so, kalau agak2 jumpa kat mana2 tegur la..leh kita gi layan teh tarik ke kopi ke...and itu antara t-shirt yang awal aku print (sempat lagi promote)..itu saje la untuk awal pagi ni..jam pun dah kul 2.32am...nti lewat lak bangun subuh...jumpa korang di lain post :)


lupa lak nak letak pic ni semalam(baru add pagi ni)..masa aku on d way balik from air terjun berkelah tu geng2 ni singgah kat kuala gandah tgk gajah..kat deerland...bagi makan kat rusa..pergghhh layan gak..risau je masa bagi makan kat rusa tu..takut dia gigit tangan tapi menurut penjaga kat situ..tak pe..coz rusa ni dia tak de gigi atas(or gigi bawah...aku pun dah tak ingat hehehe)...masa kat deerlad tu aku sempat bergambar ngan beruang ni...menurut cerita beruang ni duk kat sini dari dia kecik lagi..mak ngan ayah dia kena bunuh ngan pemburu haram..kesian kan..tak patut betul..so disebabkan dia anak yatim aku gosok2 la dia...moga2 dapat pahala :)


ni masa kat kuala gandah..santuari gajah..actually kalau kita gi awal..kita leh mandi dengan gajah dalam sungai berdekatan tapi sebab aku ngan geng aku lewat so tak dapat la...tapi kebetulan pulak hari tu mmg gajah2 ni diorg tak bagi mandi kat sungai coz baru lepas hujan..air sungai naik...so tak la frust sgt sebab kitaorg lewat :)
...fyi nama gajah ni sanom..dia gajah ni tak de ekor hehehe kena gigit ngan harimau(menurut penjaga gajah ni la)...so harimau sempat makan  sup ekor gajah :) sian kat sanom..


pic yg ni lak time aku nak bagi makan rusa..ni bukan aku saje2 naikkan dua-dua belah tangan aku..tapi mmg caranya nak bagi makan kat diaorg ni mcm ni..coz kalau kita letak kat bawah diaorg akan datang serbu and kemungkinan boleh tolak kita sampai jatuh...tugas ni memerlukan semangat yg kental dan keberanian yg hakiki hehehe just kidding :)


p/s : kalau rajin bagi la comment kay..really appreciate it..take care :)


Wednesday, September 22, 2010

Outdoor Activity :)


Salam semua :) 
Hari ni aku nak cerita tentang trip yang bakal aku join 8/10/10-10/10/10 trip to Air Terjun Jerangkang(pic kat bawah)..tak sabar rasanya nak tunggu detik itu(hehehe ayat novel)..tapi sebelum tu biar aku cerita sikit kronologi mcm mana aku terjerumus berminat kat outdoor activity ni hehehe sampai mak aku pun pening..asyik masuk hutan je :) Actually group outdoor yang aku join skrg ni aku baru je jumpa akhir tahun lepas..dalam bulan october tahun lepas kot..itu pun sebab aku terjumpa balik kawan baik aku masa kat sekolah rendah dulu..jumpa kat facebook..bayangkan dah hampir 18 tahun tak jumpa..tiba2 jumpa kat facebook..dasyat gak penangan facebook ni..lepas jumpa dia,dia intro la aku kat geng2 outdoor dia..

First aktiviti aku join group dia gi panjat gunung nuang...perggghhhh korang bayangkan la..bagi korang yang biasa panjant gunung ni mesti korang tahu tahap kesukaran gunung nuang ni mcm mana...masa tu aku mana tahu..nama pun baru nak join xtvt outdoor..actually geng2 mbr aku ni nak trainning untuk naik kinabalu yg dirorg dah plan..(aku terlepas naik kinabalu coz diaorg dah book tiket dah masa tu)...di pendek kan cerita..otai gunung yang jadi guide kitaorg tu cerita kat aku...gunung nuang salah satu gunung yg sukar gak la..walau pun dia tak tinggi sgt tapi tahap kesukaran dia tu mmg tak leh aku nak cakap..tambah2 first timer mcm aku ni...so dipendekkan cerita sekali lagi aku tak sampai pun puncak nuang..hehe setakat puncak pengasih je..tapi tu kira ok la menurut otai gunung tu..then lepas gunung nuang,aku join pulak naik gunung irau(pic kat bawah),gi kat air terjun berkelah,broga hill,bukit tabur and aktiviti2 yang lain..
                                                      

So berbalik cerita pasal trip aku bulan depan ni..kitaorg plan nak gi kat air terjun jerangkang...actually dia dekat2 je ngan air terjun berkelah..menurut salah satu sumber yang boleh dipercayai..air terjun jerangkang lagi best...masa gi kat air terjun berkelah pun aku dah rasa best..kali ni aku budget lagi best kot :) itu yang teruja sgt tu...tambah2 kat sana nanti akan ada xtvt abseiling and bbq..takut gak aku nak buat activity abseiling tu..last sekali aku buat masa ko-k kat universiti dulu..skrg memangdangkan berat badan aku dah naik dengan jayanya...maka mungkin lagi mencabar aktiviti tu untuk aku hehehe..ini aku sertakan pic salah sorang member outdoor aku (En. Sattar)..dia dah edit pic ni dah jadi mcm poster dah heheh ini..


agak2 boleh tak aku buat abseiling???ermmm..


So sapa2 nak join outdoor activity ngan aku leh roger aku la ek hehehe..best ooooo...time sblm kawin la nak join aktiviti mcm ni..tapi kalau minat..lepas kawin pun boleh layan gak..byk gak mbr2 aku bawak anak bini gi camping :) maybe kalau dengar cerita aku kat sini tak berapa best hehehe kalau nak best kena ikut sekali..joooommmmm....kay la..aku pun dah terasa lapar..blm breakfast lagi ni...nak gi cari makan dulu la...Salam semua..nanti bila lepas gi jerangkang aku akan upload pic byk2 kay :) kasi korang jealous :)





Tuesday, September 21, 2010

Delete :(

Salam semua..aku terpaksa buat entry pendek pada awal pagi yang mulia ini...aku nak inform yang aku terpaksa delete 'Mr Linky'(application yang boleh direct link gi kat blog korang) sebab ada dua tiga blog yg disahkan mengidap penyakit 'Malware'...it's ok maybe korang pun tak sedar akan kewujudan virus tu kat blog korang..jgn risau aku tak marah pun :) cuma, atas nasihat "kak yong" (salah sorang bloger) so aku delete la every link yg boleh menghubung kan aku ke site yang ada 'Malware' ni...aku ni org yang tak tahu sgt bab2 IT ni so aku ikut je pandangan orang yang lebih pandai dari aku...bak kata orang pasir puteh(kelate) "prevention is better than cure"..tul tak :)

Ini nasihat 'kak yong' kat aku...kak yong cakap
"kalo dah detect blog tu ada malware better jangan masuk..kalau kenal tuan punya blog..email la or ym bagitau..link yang ada perlu di remove"

Thanks kak yong..walau pun kak yong tak sedar akan kewujudan nama kakyong dalam entry ni..sebagai menghargai nasihat dan tunjuk ajar..ini dia link ke blog kak yong ---> http://www.kakyong.com/

baru je tadi aku delete blog list..aku terpaksa coz tak nak amik risiko..nanti bila keadaan dah reda aku letak balik kay...adooiiii mana datang la malware ni..kalau yg datang tupperware free ke software free ke best gak :)


Monday, September 20, 2010

Alhamdulillah :)

Salam semua...Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t...selamat juga aku sampai kat kl ni..actually bukan kl tapi selangor hehehe kat gombak je :) so sapa2 duk kat area ni nak ajak lepak..boleh aje..leh kita susun strategi nuff kita hehehe...aku bertolak dari rumah tadi dalam kul 9.30 pagi..and sampai gombak dalam kul 4.30ptg..so kira-kira 7 jam (plus minus) perjalanan..traffic tak la sibuk tapi kitaorg bergerak dalam kadar kelajuan yg sederhana bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini...Alhamdulillah..semuanya selamat...

Jap tadi aku try2 la check samaada team nuff dah update tak earning aku?...betapa happynya aku dioarg dah update hehehe..nak kata byk tu tak la tapi dah mencecah 2 angka..bagi org mcm aku yg baru nak kenal dunia blogging ni mestilah happy kan..so aku nak ucapkan terima kasih byk2 kat korang yang dah byk bantu aku :)

jangan risau..InsyaAllah aku akan balas korang punya visit and comment..lagipun bukan kena bayar pun kan :) pada pendapat aku la kan..dalam isu nuff ni..kita boleh saling tolong menolong..betul tak?kalau pun la kita dah visit org tu punya blog and dah siap click segala..tapi org tu tak balas visit and click kita..kita anggap je kita dah tolong saudara kita..korang setuju tak ngan aku?sebab..ini bukan dunia perniagaan..tak habis pun 'click' kita tu kalau kita 'click' byk2...InsyaAllah..kalau niat kita ikhlas..Allah s.w.t akan bantu :) Rezeki Allah tu luas...jgn risau :) selagi kita usaha and niat ikhlas...Allah s.w.t akan balas dengan kebaikkan...tapi jgn lupa berdoa :)

Kay la korang..byk lak aku melalut..hehehe aku nak start balas budi korang :) nantikan aku kat blog korang kay :) sampai berjumpa lagi ...Assalamualaikum :)

p/s :
-andai kata aku terlepas pandang blog2 yg dah pernah melawat aku..mintak maaf byk2 kay..inform aku kat shoutbox lg sekali..dengan pantas dan tuntas aku akan ke sana :)

-ada antara blog yg aku nak masuk..dia bagi warning 'malware'(somekind or virus kot???) - so aku tak leh la nak singgah..risau gak aku..maklum la aku ni tak pandai sgt bab2 virus ni..mintak maaf byk2







Masa untuk bertolak..

Salam semua..dalam kesibukkan aku mengemas barang sempat lagi aku 'mencuri' masa untuk update blog aku ni hehehe..sebentar lagi aku dah nak bertolak ke kl..rasa mcm  baru je balik kampung..dah nak kena balik dah..apa nak buat..thats y kena cari duit byk2 so nanti leh duk kampung lama2 hehehe...

Masa aku dalam perjalanan ke kl nanti rajin2 la korang datang ke blog aku ni..click apa yg patut :) kalau nak lagi best bagi la comment sepatah dua..InsyaAllah..kalau panjang umur aku..aku balas nanti...

Kay la..kang mengamuk pulak adik aku..lama nak menunggu aku bersiap..so happy blogwalking and have a nice day :)

jumpa korang bila aku sampai kl nanti :)

Sunday, September 19, 2010

Balik KL balik :(

Salam semua..sure korang semua tgh sibuk blogwalking skrg ni hehehe..biasanya skrg ni la kesesakkan lalulintas kat blog2 berlaku..kadang2 sampai tak dapat nak trace balik sapa yang dah visit kita hehehe..kalau terlepas pandang tu mintak maaf byk2 la..maybe tak sengaja...

Esok aku akan bertolak ke kl balik..setelah bercuti panjang..malam ni kena la tidur awal sikit..hopefully jalan tak jam mcm 2,3 hari yg lepas...tadi masa aku tunggu mak aku kat klinik sempat gak berbual ngan makcik2 yang ada kat situ..diorg cerita, anak2 diaorg yg balik kl semalam bertolak kul 8 pagi..sampai kul 8 mlm...maakkk aiii..12 jam perjalanan...lama tu.. sepatutnya kelantan ke kl dalam 6 jam je dah leh sampai...harap2 esok tak jam la...

ermm malas nak nak cerita pasal jam ni..nak tak nak kena tempuh jugak esok..so kita hope for the best je la kan..aku rasa esok dah tak jam sgt coz ramai yg dah start kerja...ni yg best kerja sendiri..leh plan masa ikut kesesuaian :)

bila kat kl nanti aku plan nak naik bukit broga..paling tak pun 2 minggu sekali..hehhe kasi kempis sikit perut ni..aku rasa berat badan aku naik selama aku kat kelantan ni..mana taknya sekali makan 2 pinggan nasik..ini bahayanya masakkan ibu ni..tak leh nak elak :) mmg best..terbaikkkksss! so sapa2 nak ikut aku naik broga hujung minggu roger je la kay..

Actually dah 2,3 kali gak aku naik kat sana..view kat sana cantik..berpeluh pun boleh tahan gak..bagus untuk kesihatan :) lagi pun aku ni pun kira trainning gak la kat broga ni coz tahun depan plan nak naik kinabalu..hahaha..agak2 leh sampai puncak kinabalu tak :) ?..InsyaAllah






Saturday, September 18, 2010

Just FYI

Salam semua..actually aku tak de idea apa nak tulis..so masa aku blogwalking byk kali gak aku jumpa widget yg minta kita masuk kan nama ngan link so mudah tuan empunya blog nak buat blogwalking..so tadi tergerak hati aku untuk explore benda ni..so nak dipendekkan cite aku dah register and letak benda tu kat bawak sekali kat blog aku ni so just in case korang terlepas pandang...hopefully korang dapat meluangkan masa untuk scroll down sampai bawah and isi nama and link korang..senang aku nak blogwalking....

Sentuh pasal bab blogwalking and nuffnang ni (tiba2 datang lak idea aku)..aku rasa apa yang team nuffnang buat ni bagus la..membolehkan kita buat side income dengan cara ni..kos sara hidup kat malaysia ni makin tinggi..so nak tak nak kita semua perlukan sumber pendapatan alternatif di samping gaji bulanan kan?..tak de jalan mudah dalam hidup ni...aku puji usaha nuffnang ni..coz aku kira ni mcm 'win-win situation'...tapi satu je yg aku nak ingatkan..bagi yg bekerja tu jgn lah sampai blogging ni menjejaskan kerja anda..contohnya blogwalking sampai larut malam then payah nak datang kerja..or lewat datang kerja...kang elok2 ada dua sumber income terus jadi satu (kena buang kerja)..mintak jauh la..lagi satu jangan berblog time kerja...sebab apa? 


1)tak elok la coz korang dibayar gaji untuk melaksanakan amanah kerja tapi korang buat benda lain (berblog)...nanti dikira tak amanah pulak..nak berblog boleh tapi lepas waktu kerja kay :)


2)takut gak kalau IT department tahu aktiviti korang and terus dilaporkan kat bos..korang gak yg susah(betul tak) and 


3) takut2 sumber pendapatan dari blog tu ada unsur ragu2..bukan apa... sebab di buat masa korang sepatutnya menjalankan amanah yang lain...yg bab ni korang kena la tanya ustaz coz aku rasa tak leh...


coz aku pernah dengar orang bagi contoh: contohnya kita kerja sbg seorg guru tapi dalam masa yang sama kita nak buat side income kita jual kain..memang tak salah tapi ia akan jadi salah jika menggunakan waktu kerja untuk menjual dan apa hukum pendapatan jualan kain kita tu?...untuk keterangan lebih lanjut korang kena la tanya ustaz2 dan orang2 yang lebih berilmu dalam bidang ni..aku rasa sampai setakat ni je la dulu..coz aku dah kehabisan idea hehehe..

Friday, September 17, 2010

Design Baju Raya :)

Salam kepada semua..actually aku tgh tak tahu apa nak buat..perut tgh kenyang..nak tidur pun tak elok..so aku pun on la notebook ni..buat blogwalking and comment yg mana patut..tiba2 aku teringatkan pic baju tshirt yg aku ambil petang tadi..so terus aku tranfer kan kat sini untuk entri aku kali ni...actually baju tu dah lama aku buat..sebelum raya lagi tapi camera telah dijajah oleh akak aku yg beraya kat umah mak mertua dia pulak..so apakan daya hehe..sebaik saja akak aku samapai kat umah ni apa lagi..terus aku buat rampasan kuasa...so tampuk pemerintahan camera tu telah bertukar tangan...baju t-shirt ni bukan la untuk raya pun sebenarnya..untuk aku pakai seharian je..cuma disebabkan dia dibuat 3,4 hari sebelum raya jadi aku namakan la dia baju raya :) design ni adik aku kidnap dari internet dan setelah dimodifikasikan makan ini lah hasilnya :)


baju ni aku pakai hari raya ke tiga..masa lepak2 kat umah..budak2 byk la yg suka design ni..ala2 transfomers heheheee..mak aku cakap mcm robot sakit belakang je hehehhe..aku gelak je..puas jugak dapat buat tshirt mcm ni..korang pun kalau ada nak buat t-shirt roger2 la kat aku :)

actually aku ada buat lagi satu tapi ini yg adik aku nak pakai la..dia minat rancangan yang selalu ada kat Astro(channel 734)so dia pun cari la design 'Westcoast Custom' kat dalam internet...enath mana la dia cari jumpa lak yg hitam putih..itu pun lepas di ubahsuai guna illustrator..
kalau nak cakap kualiti dengan yang original memang la original lagi best tapi agak mahal(aku rasa diaorg guna mesin printing DTG)..aku buat silkscreen je..ye la mana mampu lagi nak beli mesin tu..aku pernah tgk kat internet..mesin tu ada jual kat malaysia ni tapi kalau tak de 90k susah gak nak cerita...hehehe so kita bergerak dengan apa yang ada..disamping tu kita berusaha untuk jadi yg the best..and berdoa pada Allah s.w.t..betul tak?
ok la setakat sini je la entri aku ..aku nak gi siap2 solat jumaat lak..sebarang comment yg membina amat dialu-alukan..thanks..




Wednesday, September 15, 2010

Apa Pendapat Korang?

Hari raya dah berlalu...maksud aku hari raya yang pertama kedua and ketiga..coz time tu je la yg meriah tahap gabannya :) lepas 3 hari tu yang tinggal hanya lah serdak2 kuih, ibu tua di kampung..ayah tua yang pergi menoreh getah dan ayam, itik,lembu dan kambing di kampung...berduyun2 kereta kembali menyibukkan kan kotaraya yang tak pernah tidur..apa yang kita dapat dari sebulan berpuasa dan hari raya..apa natijahnya..?apa pengajarannya..?adakah kita sudah kuat untuk tidak hanyut dengan bisikan iblis dan syaitan yang kembali ke dunia untuk satu tujuan yg jelas(meyesatkan kan umat manusia)?...itu persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku...mari kita saksikan bersama2 as the time goes by...kalau betul puasa di bulan ramadhan memberikan impak pada kita..InsyaAllah kadar kemaksiatan di negara kita akan turun secara mendadak...atau puasa kita di bulan ramadahan hanyalah satu syarat untuk kita untuk menyambut hari raya...?kalau itu lah tujuan puasa kita maka keadaan tentu takkan berubah malah akan menjadi makin teruk aku rasa...

Sentuh bab hari raya...masa time raya semua datang ke masjid2,surau2 untuk berhari raya dengan pakaian yang cantik2 serta bau2an yg pada aku semerbak dan ada yg menusuk hidung hehehe..tapi mari kita renungkan..solat hari raya itu ibadat sunat..boleh pun kita gi ramai2 gi masjid..dengar khutbah..ramai2...tapi mengapa solat fardhu kita masjid jadi lengang..satu saf pun jarang2 penuh..aku bukan nak kata kat org lain..aku pun sama gak..sama2 lah kita rungkaikan kenapa..?kalau korang ada solution atau sebab2 yg korang tahu..sila lah bagi komen :)
macam tu jugak ngan solat terawikh..kadang2 kena solat kat luar coz surau dan masjid penuh...kalau pada aku yg jahil ni la..kalau nak dibandingkan solat fardhu dan terawikh..aku rasa solat fardhu lagi tinggi martabatnya..coz kalau kita tinggal..berdosa besar..tapi kalau terawikh,kalau tak gi pun tak apa..adakah kita memenuhkan masjid bukan kerana Allah s.w.t ?adakah kita memenuhkan masjid cuma sempena sesuatu sambutan sahaja?sentuh bab ni aku teringat masa aku kat UUM dulu..ada member baik aku ni..tak yah la aku sebut nama..kalau sebut pun byk antara korang tak kenal pun hehehe..aku nampak jarang dia solat..tapi kalau time minggu exam...selalu lak nampak dia solat..aku nampak coz aku roommate dia :) bagus la kalau dia solat tapi lagi bagus kalau berterusan :) kan?
Kita berterusan buat maksiat(maksiat ni luas pengertiannya..tapi pada dasarnya perkara2 yg salah la)...tidakkah kita takut pada kematian..?mati itu benar..kita semua akan mati..semua org tahu..tapi kenapa org tak beramal untuk bekalan time mati nanti..seriously..byk kematian yg kita tak sangka berlaku time raya ni....persoalanya..sehari sebelum kematian diorg..diorg tahu tak yg esok diaorg akan mati?..sudah tentu tidak kan..coz mati itu rahsia Allah s.w.t.mcm mana kalau ajal kita esok?..bersediakah kita?...aku teringat kata2 cikgu aku(non muslim)..dia tanya kat kelas.."kalau kita tgk dalam keranda(bagi dia),apa yg kita akan nampak?...semua org jawab "mesti la mayat(jasad)"...then dia balas balik.."betul....kita nampak org mati la kan...kita tak nampak dia(si mati) tua ke muda ke...jawapan kita semua kita nampak org mati..so maknanya kematian ni datang tak kira umur" betul jugak kata2 cikgu aku ni..kenyataan ni dah tertanam dalam diri aku dah lama..aku tahu kematian tu boleh jadi kat sapa2 tapi kita buat tak tahu..until ada org yg menyedarkan kita...aku ni panjang lak tulis..sampai sini dula la dulu..dahaga lak rasanya..aku pun tak tahu korang ni baca ke tak tulisan aku ni hehehe







Monday, September 13, 2010

DOA YANG KITA LUPAKAN


Dalam tidak sedar. 

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. 


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah eberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)


Saturday, September 11, 2010

Soalan oh Soalan

Salam semua :) aku rasa sure ramai antara kita yang dah kembung perut makan hidangan raya..mcm aku gak...apa taknya, 2 hari raya tak berhenti makan..cuma berhenti time masuk toilet ngan tidur je heheheh..bagus la kalau semua happy :) tapi dalam pada happy ada gak benda yang agak scary time raya ni pada aku..biasa la..bila dah kumpul family2 and sanak saudara..lepas perut dah kenyang mula la nak berbual2..aku tak kisah nak berbual cuma paling aku takut kalau sentuh bab kawin...soalan standard yg selalu kena tuju kat aku ni "bila lagi nak kawin?"...(adoiii pening kepala aku nak jawab)...kadang2 tu ada kes sebab nak elak soalan ni ditanya main kaut je sapa2 yg nak kawin ngan diorg tanpa berfikir panjang..ini kes parah ni..

siapa tak nak kawin beb?betul tak cuma kawin ni bukan benda kecik..ia memerlukan perancangan yg rapi dan teratur..kalau nak kawin je..mmg boleh sangat tapi bila time problem datang lepas kawin akibat tak de plan yg proper..siapa yg susah...?actually aku tak terasa sangat dgn soalan2 mcm ni..malas nak layan je..cuma senyum2 je..kang kena cop kurang ajar la pulak kalau yg bertanya tu org yg lebih tua kan...tapi personal opinon aku la..kita tak leh nak tanya (bila lagi nak kawin ni?) org mcm tu..kita tak tahu masalah org tu mcm mana..kita tak tahu apa yang dah diorg lalui?silap2 org boleh terasa hari,sakit hati and mcm2 lagi...kena pulak yg org ditanya tu baru putus cinta ke?putus tunang ke?elok2 baru bermaaf-maafan dah terbuat dosa,kena tunggu raya tahun depan lak hehehe..lagi pun semuakan kerja Tuhan...kita yg mana belum kawin ni usaha je..apa yg kita boleh buat nasihat cara baik..atau suggestkan sapa2 untuk diorg ni9then terpulang la pada diorg nak ke tak nak..semua pilihan diorg)..bukan meletakkan tekanan pada diorg...sapa2 yg setuju or ada apa2 comment..amat lah dialu2 kan :)

Friday, September 10, 2010

Masalah : Duit Raya :)

Salam untuk kalian semua..aku rasa sebelum aku gi solat jumaat ni sempat jugak aku buat lawak yg agak2 kurang kelakar :) maklum dah tgh tak de idea nak post apa..seperti yang sedia maklum bila tibanya hari raya ni ramailah org2 dewasa sibuk duk beratur kat bank2 untuk tukar duit untuk dijadikan duit raya...dan ramai gak yg kecewa bila kebanyakkan nya dah habis...so agak2 korang mcm mana kita nak selesaikan masalah ni?kalau nak dilupuskan terus amalan pemberian duit raya ni...aku rasa nanti persatuan kanak2 sedunia akan membuat demonstrasi secara aman kat depan bangunan parlimen..susah pulak..tadi masa aku tgh duk dengar khutbah raya (seperti biasa la tak berapa khusuk) aku terfikir dan come out dgn satu idea yg agak bernas pada hemat aku..
apa kata kalau time datang beraya kat umah sanak saudara ni budak2 ni bawak bersama number account bank(yg selalunya disimpan kat dalam hp)..and bila tuan rumah bagi alasan duit raya tak sempat nak tukar..bagi je number account tu kat dia and kata kat dia kalau betul2 nak bagi sila lah bank in kan kat dalam account saya ni hehehe dengan cara ni mmg org dewasa tak dapat mengelak untuk memberi duit raya...bagi kanak2 yg belum ada account bank..boleh guna account bank ayah atau ibu hehehe..

p/s : terima kasih kepada 'internet banking' :)

Thursday, September 9, 2010

Lifeline 4 Gaza





Salam di penghujung Ramadhan...actually skrg ni masa rest aku..baru je lepas kemaskan umah and bersihkan halaman umah untuk acara esok..agak letih tapi biasa la bila mood raya dah sampai kurang la rasa letih ni..tapi dalam masa yang sama perasaan sedih menerobos masuk jauh di sudut hati aku ni(ayat mcm nak exam BM)..satu sebab bulan Ramadhan nak meninggalkan kita...bulan yg penuh keberkatan..terdetik kat hati aku..adakah aku dah mengambil kesempatan yang diberi untuk beramal?..atau berpuasa sekadar tahan lapar dan dahaga?mari kita panjatkan doa agar puasa dan amalan kita diterima olehNya..amin...
Dan lagi satu bila terkenangkan saudara2 kita di Gaza..mcm mana lah diaorg nak gembira di hari raya dalam keadaan didesak dan dizalimi rejim zionist..sebelum aku balik kelantan untuk hari raya,aku sempat singgah kat kl sentral..untuk aku naik train g kelana jaya jumpa mbr aku..pandangan aku terhenti kat satu booth tingkat atas(masa tu aku dari tingkat atas nak turun amik train lrt)..

Rupa-rupanya booth tu ialah Aman Malaysia yang punya denga kerjasama NGO2 yang lain..salah satunya ialah 'Lifeline 4 Gaza' (http://www.lifeline4gaza.org/)...so booth tu menarik perhatian aku untuk aku singgah jap..actually pandangan mata aku tertarik pada tshirt yang kat kaunter tu coz aku kan minat print tshirt so nak la tgk kualiti tshirt2 lain...so bermula la interaksi aku bersama yang menjaga kaunter..mula2 aku tanya harga baju tu sambil2 meneliti tshirt tu..then aku tanya..booth ni untuk apa?diaorg kata untuk bagi informasi2 tentang apa yg berlaku di gaza sebenarnya dan apa yg rejim zionist cuba lakukan..

memandangkan aku ni kurang tgk berita and baca surat kbr..setakat baca online je..so aku dengar dengan penuh khusuk..pihak israel sedang membuat 'wall' setinggi 8 metter dan tembok ini kalau tak salah aku la sejauh 800km mengelilingi jerusalem dan penduduk2 gaza akan 'terperangkap' kat dalam tu...tembok tu belum 100% siap..aku tak tahu la apa akan jadi kalau tembok tu dah siap..skrg ni penduduk gaza terpaksa merisikokan diri mereka menggali 'tunnel' untuk keluar dari situ secara rahsia dan untuk mendapatkan apa saja bantuan yg mereka perlukan..aku ada google pic tembok tu kat internet untuk korang tengok..
malangnya aku tak leh lama kat kl sentral tu coz aku ada janji ngan mbr kat kelana jaya..pertubuhan ini memerlukan sokongan kita coz diaorg pun perlukan modal untuk bagi bantuan kat gaza ni..so sapa2 yang ada rezeki lebih leh la contact diaorg kalau nak bagi derma...and kalau boleh kurangkan atau tak yah la gi kat restoran2 yang ada direct link ngan yahudi ni..coz secara tak langsung kita menambahkan kekuatan diaorg untuk perangi islam..tak semua benda kita leh boikot tapi kalau boleh boikot and beli barangan buatan islam ..apa salahnya..kalau di ajukan soalan "apakah usaha kamu dalam membantu saudara2mu dia gaza yg sedang dizalimi selain doa?kita nak jawab apa..nak gi perang kat sana sah2 byk yg takut dari berani kan?..so kita cuba la sedaya mampu kita..itu pun di kira jihad..dan lagi satu..mari lah kita banyakkan berdoa dan solat hajat..disamping hajat2 kita yg lain kita selitkan lah doa untuk saudara seagama kita di sana dan di mana jua :) sampai sini lah dulu coretan aku buat kali ni..kalau ada info yg salah tentang di atas harap dimaklumkan..aku manusia biasa je..byk melakukan kesalahan..selamat hari raya dan maaf zahir dan batin :)

Wednesday, September 8, 2010

~*Jantung*~

Hari ini mari aku kongsikan info dari email yang aku dapat..moga2 dapat kita jadikan pengajaran serba sedikit :) 

~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit 
tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.





Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.





Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayangAllah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.





HARGAILAH JANTUNG ANDA.....



Ben_Frank was so right...


Tuesday, September 7, 2010

Menanti Di Barzakh



Salam semua..aku baru je sampai kat kampung tercinta hehehe ...pagi ni gak busy mengemas umah and jap lagi kalau sempat nak gi bayar zakat..kang tak pasal2 terlupa lak..sambil2 tu aku post kan lagu ni untuk kita semua semoga dapat bagi pengajaran and peringatan pada kita..aku tak tahu la korang tapi aku rasa bila tiba penghujung ramadhan ni duggan dia berbeza sikit..tahap kelaparan and dahaga tu agak menguji keimanan hehhee..lebih lapar and dahaga dari biasa..betul tak?kalau korang rasa apa yg aku rasa boleh la tinggalkan komen sikit2..dapat kita berkongsi pendapat  :) 
aku agak frust gak tak dapat post pic baju(t-shirt) yang aku print sendiri untuk raya..kalau tak leh korang tengok and comment sikit2..by the way aku ni hobi mmg print tshirt and ada la buat biz print tshirt kecil2an..sapa2 agak2 nak print tshirt leh la mintak quotation hehehe kalau yg jadi follower aku bagi best price :) nak kata murah tu tak la sgt tapi murah la dari market kat kl...insyaAllah..semua tu leh runding :)