Thursday, December 9, 2010

RiNdU pAdA bLoG...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni..bukan dah tak minat nak menulis cuma pada waktu sekrang ni masa agak terhad..sekrang ni adik aku dah pindah kat subang so broadband dia bawak sekali..ini lebih menyukarkan aku untuk update blog aku ni...nak update masa lunch or time nak balik idea pulak tak de...haru..haru..
ini pun aku sempat tulis sikit je..idea dah tak de...nanti aku update lagi :)

Friday, November 5, 2010

Terima Kasih Mr. NuFF

Salam semua,
Entri aku kali ni berkenaan dengan BE, Terlebih dulu aku nak ucapkan terima kasih pada team Nuffnang and pihak yang telah memilih blog aku untuk diletakkan iklan diaorg. Dalam kekalutan aku menyelesaikan isu-isu yang hadir dalam hidup aku ni..masih ada secebis sinar kegembiraan yang dihulurkan oleh pihak Nuffnang and pengiklan pada aku...ini latest BE yang aku dapat...


Terima kasih ini aku panjangkan kepada pihak Sunway Velocity, AirAsia, Celcom, Pizza Hut, Nokia dan DiGi...Semoga syarikat kamu semua akan bertambah maju dan berdaya saing :)

Tuesday, November 2, 2010

I Love My Blog :)

Salam semua...apa kabar korang semua? semoga sihat-sihat aje hendaknya...aku agak sibuk lately...atau lebih tepat aku menyibukkan diri hehehe. tapi dalam kesibukkan aku menyibukkan diri sempat gak aku buat t-shirt rasmi blog aku hehehe..

bahagian hadapan

Kalau ada sapa2 yang berminat leh la siapkan design and tempah kat aku hehehe aku bagi harga member2 blog :) 

bahagian belakang 

Actually logo 'My Territory' ni hasil kerja tangan adik aku..tak sangka lak aku adik aku ni agak kreatif...setahu aku kalau bab enjin kereta ni memang dia mahir...tapi kekreatifan dia dalam bidang design ni tak pulak aku tahu sehingga terhasilnya logo ni and a few design yang customer mintak dia tolong design kan...


T-shirt ni first aku pakai masa gi bercuti kat tanjung tuan hari tu...so secara tak langsung aku mempromotekan blog  aku yang tak seberapa ni pada orang ramai hahaha...masa gi kat tanjung tuan tu sempat gak la pergi melawat zoo kat melaka...agak jauh tapi nasib baik adik aku yang drive so leh la aku lelapkan mata hehehe [agak zalim bunyinya hehehe]


Aku rasa sampai sini je la dulu coretan aku kali ni..idea tak berapa nak ada...kalau ada masa sudi2kan la bagi commnet pasal baju yg aku ngan adik aku hasilkan ni..agar dapat aku perbaiki prestasi penghasilan tshirt di masa akan datang :) Salam...

p/s: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai t-shirt ini, sila klik T-shirt Studio.

Thursday, October 28, 2010

The Red Warriors


Salam Semua,
Dah lama rasanya aku tak update blog aku. Rasa bersalah menyelubungi diri yang serba kekurangan ini..rasa marah pada diri sendiri pun ada sebab tak dapat memisahkan ketidakstabilan emosi dengan tanggungjawab (update blog)..maafkan aku wahai sahabat-sahabat blog sekalian..

Kali ni aku nak buat update ringkas. bagi menterjemahkan sokongan aku pada pasukan yang aku sayang, aku gagahkan jugak jari aku untuk tulis entri ni walau jiwa tgh kacau skrg hehehe. kalah dan menang tu adat perlawanan bola..yang penting aku akan terus sokong pasukan kelantan sampai bila-bila..Walaupun aku bukanlah anak kelahiran kelantan tetapi di kelantan lah ramai orang-orang yang aku sayang...ramai juga yang dah bersemadi di sana untuk selama-lamanya..itulah sebab aku sokong pasukan kelantan..semoga pasukan kelantan akan menang di final nanti..andaikata terjadi sebaliknya..it's ok, sekurang2nya kita dah ke final dan aku bangga ngan pasukan kelantan :) semoga pasukan kelantan akan terus maju dalam sukan bola sepak :)

Monday, October 18, 2010

TENTATIF

Canyoning, Flying Fox, BBQ, and Camping


20 NOV/SABTU
0800 Berkumpul di LRT Gombak; 0830 Mulakan perjalanana ke Alang Sedayu, Gombak; 0930 Dijangka sampai di Alang Sedayu; 1000 Mula trekking ke Air Terjun Sg. Pisang; 1045 Dijangka sampai di Air Terjun Sg. Pisang, dirikan khemah; 1130 Persediaan untuk makan tengahari (gotong royong); 1230 Makan tenghari; 1330 Solat Zohor; 1400 Aktiviti canyoning dan flying fox; 1730 Solat Asar & minum petang; 0630 Persediaan untuk BBQ dan makan malam (gotong royong); Games; Free and Easy.

21 NOV/AHAD
0600 Solat subuh & sarapan pagi; 0800 Aktiviti Canyoning dan Flying Fox (2nd Round); 1230 Persediaan makan tengahari (gotong royong); 1330 Makan tengahari & Solat Zohor; 1430 Berkemas dan bergerak pulang ke Alang Sedayu; 1515 Dijangka sampai di Alang Sedayu; Aktiviti tamat; BERSURAI.


Friday, October 15, 2010

Canyoning, Flying Fox, BBQ, and Camping



Masa    : Saturday, November 20 at 9:00am - November 21 at 4:00pm (2 days 1 nite )


Lokasi   : Sg Pisang, Gombak Selangor


Price     : RM 105.00
(including of : Canyoning, Flying Fox, BBQ, and camping basic equipment itinerary will be advised soon)


Salam semua, event kat atas ni ialah event yang direncanakan oleh kawan2 outdoor aku so pada yang berminat leh la join kitaorang nanti :)

Thursday, October 14, 2010

Sungai Pisang

Salam semua..idea masih belum mahu datang ke dalam kotak fikiran aku untuk aku menulis kat ruangan ni...lagi pun buat masa skrg ni fikiran aku tgh serabut tentang sesuatu...sesuatu yang tak dapat aku bagi tahu kat umum...untuk tidak membiarkan blog aku terus sunyi dari sebarang entri aku gagah kan jugak jari ni menaip walau tanpa tahu bagai mana kesudahannya entri ni..aku ingat nak upload lagi pic masa aku kat jerangkang baru2 ni tapi aku tak tahu kenapa kali ni mcm tak leh nak upload..agak tertekan dengan keadaan tu aku decide untuk tulis je apa2 yang bermain kat benak fikiran aku ni...kegagalan untuk upload pic ni takkan menghalang aku dari terus tulis entri kali ni! aku sudah tekad..

Sungai pisang...itulah lokasi di mana akan berlangsungnya aktiviti outdoor aku seterusnya..dengar kata mcm best buat canyoning kat sana (menurut bro min aka otai aktiviti mengunakan tali)..dia cakap, air terjun kat sana lebih tinggi dari jerangkang tetapi arusnya agak lebih perlahan jika dibandingkan dengan jerangkang..bila saja perkataan 'tinggi' tu menerjah gegendang telinga aku ni secara tak langsung aura kegayatan aku pun mula menular ke dlm setiap pembuluh darah aku ni...masa buat aktiviti canyoning kat jerangkang pun aku rasakan sudah tinggi apatah lagi sungai pisang..tapi kalau tak cuba tak tahu kan?

Bak kata orang tua2.."kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.." kalau takut cedera ke..takut tinggi ke..baik awal2 lagi jgn join aktiviti outdoor ni kan..ermmm berbekalkan kata2 tu aku decide untuk buat je la kat sungai pisang tu...kalau jadi apa2 tu kira risiko yang perlu aku tanggung la kan..kalau dah sampai ajal, kat atas katil pun malaikat maut cabut nyawa kita..tul tak? oleh tu jangan tinggal solat hehehe(pesanan penaja yang tak de kena mengena ngan topik dibicarakan)...bila aku dapat details pasal trip sungai pisang ni akan aku letak kat blog ni..sapa2 nak join leh la email aku :) kalau nak join la..best ooooo canyoning...bagi sapa yang tak pernah cuba aku betul2 suggest untuk try sekali...InsyaAllah takkan menyesal. Sambil2 mandi air terjun...sekali sekala lari dari kesibukan kota ni best...dengar bunyi air terjun pergghhh mmg layan :) amik masa untuk muhasabah diri dan menikmati alam semula jadi ciptaan Maha Esa.



Tuesday, October 12, 2010

Air Terjun Jerangkang :)

Salam semua...
aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...dalam 2,3 hari lepas aku kurang sikit aktiviti berjalan kat blog ni coz petang hari jumaat lepas aku dah bersiap2 nak gi camping kat air terjun jerangkang. Camping kat sana sampai hari Ahad tengah hari...apa yang aku leh cakap kat korang, memang best camping kat sana...kalau boleh aku bagi pendapat yang tulus dari jiwa raga aku ni...air terjun jerangkang lagi best dari air terjun berkelah...mari aku ceritakan susur galur trip aku ke sana...kalau korang boring aku mintak maap awal2 coz aku ni memang tak berapa bagus dalam bab penceritaan ni...disebabkan itu aku akan sertakan ngan visual effect (gambar) supaya keboringan korang terubat.

Ini antara aweks-aweks yang join trip jerangkang [lokasi : RnR Temerloh]

Hari Jumaat tu kitaorg semua dah setuju untuk berkumpul kat stesen lrt gombak kul 10 malam, sebelum bertolak. lepas semua dah ada kitaorg semua pun bertolak tapi itu pun dah kul 12 lebih dah coz ada yang lewat :) biasa la hehehe...tapi itu pun kita org tak gi terus ke sana..kita org berhenti jap kat temerloh punya tempat rehat dan rawat...pekena apa yang patut dulu kat sana :) kebetulan pulak hari tu jatuh pada birthday abg sham (otai gunung) and nia so kitaorg pun celebrate la kat situ...ada salah sorang mbr kitaorg,anis namanya dah prepare awal2 lagi cupcake untuk birthday abg sham ni...anis ni pun sebenarnya usahawan cupcake :)

Cupcake birthday abg sham and nia

Lepas je dari celebrate birthday abang sham and nia serta buang apa yang patut kat toilet RnR termerloh tu maka kami semua bergerak la menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu surau yang berdekatan dengan simpang nak masuk ke jerangkang...kitaorang tak leh nak masuk terus coz nak masuk ke jalan tu hanya leh access ngan 4WD...kitaorang sampai kat surau tu dalam kul 5 am..

aku ngan abg zam menunggu trip nak naik 4WD

Oleh kerana group kitaorg ni ada sebijik je  4WD so kena la ulang alik...dekat 4 trip gak la, 1 trip [pergi balik amik masa 1 jam setengah] letih gak nak menunggu hehehe tapi sempat gak la solat subuh kat surau tu and sebelah surau tu ada kedai makan...kul 6am dia dah bukak so kitaorang lepak kat situ le sementara tunggu trip nak masuk dalam hutan jerangkang :)

Dengan 4wd ni la kitaorang meredah hutan jerangkang.

Dalam agak2 kul 8.30am sampai la turn aku ngan beberapa orang lagi...yang untung nya orang trip last ni tak yah nak berhimpit2 dalam 4wd tu coz org dah tak banyak hehe lagi satu sampai2 je kat campsite makanan dah siap masak..khemah dah siap pasang hehehe datang makan and mandi je...[ini tips untuk org malas nak pasang khemah macam aku]

Tempat kami semua berteduh untuk semalaman :)

Turun je dari 4wd kitaorg kena berjalan dalam 10minit untuk sampai ke campsite. sesampainya kitaorg yang kat campsite, hati kitaorg sangat happy...khemah telah terpasang and bau mee goreng menusuk kalbu heheh pujian harus diberikan pada yang sampai awal kerana menjalankan tugas denga penuh berdedikasi  :) dan tanpa membuang lebih banyak masa aku pun sempat la membelasah 2 pinggan mee goreng yang di masak oleh kak shida...peerrrgggghhhhh best siotttt siap ngan udang lagi...maka rugi lah sesiapa yang tak ikut trip kali ini hehehe..selesai je makan aku terus tukar baju untuk memulakan upacara "bersatu dengan air terjun"...sememangnya upacara ini yang ditunggu-tunggu oleh aku sejak dari stesen lrt gombak lagi...berkat kesabaran akhirnya dapat jugak aku bersatu dengan air terjun jerangkang...besttttt!!!

Air Terjun Jerangkang

Dan tanpa membuang masa aku pun terus mandi la kat air terjun ni...air dia sejuk gile tapi best sgt. dalam pic yang kat atas ni air terjun yang bahagian bawah...ada lagi satu air terjun kat bahagian atas lagi best..masa aku mandi kat sini aku belum tahu lagi air terjun yang kat atas tu best..aku ingat cuma batu2 je byk kat atas...then abg zam telah mempengaruhi aku untuk naik kat atas dan aku menurut saja cadangan abg zam...setibanya aku kat atas...Subahanallah..

cantik view kat air terjun bahagian atas ni

Air terjun yang kat bahagian atas ni lagi best...arus dia tak deras sangat and kawasan untu berenang luas..batu2 ada sikit je tapi aku tak la berenang kat tengah2 tu coz aku ni tak pandai berenang sangat..setakat berendam tu pandai la hehehe kalau korang perhatikan kat pic atas tu air dia ada dua tone colour hijau ngan perang. Yang warna perang tu kawasan batu/tanah manakala yang hijau tu kawasan dalam...memang tak sampai la kaki nak cecah.

Satu terjunan gaya bebas hehehe

pic kat atas ni lak salah satu aksi lagak ngeri hehehe..ye la tu,ngeri la sangat..setakat terjun mcm tu semua org boleh kan...tapi pada aku,memang agak ngeri maklum la aku mana pernah buat sebelum ni..itu pun pakai life jacket..kalau tak de life jacket tak de nya aku berani nak buat..dah la tak pandai nak berenang..susah lak orang nak selamatkan aku..badan pun berat hahaha..

aku dah bersiap sedia nak buat canyoning

pic di atas ni lak aku tgh bersiap sedia nak buat upacara canyoning...canyoning tu ialah terms yang sebenar coz sebelum ni aku ada gak dengar orang panggil water abseiling...menurut otai yang handle program canyoning ni, mana ada terms water abseiling...orang je ada2kan terms tu...canyoning ni dia mcm abseiling kat cerun yang ada air terjun.

upacara canyoning bermula

Masa mula-mula nak buat aktiviti canyoning ni mecut jugak perut, maklum la tak pernah buat kalau pun pernah buat tak la setinggi and air dia tak la sederas kat sini..aku antara org yang last buat aktiviti ni aku tengok byk yang tersangkut and tergelincir...ada yang terkoyak seluar and lebam2 pun ada...tapi alhamdulillah overall semuanya selamat :) sebenarnya apa yang aku cerita ni tak la menarik sangat tapi kalau korang join kitaorang and rasa sendiri lagi best...kat bawah ni aku post a few pic masa kat sana...

geng-geng yang best!

cantik view kat belakang tu :)

ini aku tgh praktikkan ilmu air yang di ajar oleh captain planet :)

ini sesi urut kepala :) bessstttt sgt




Friday, October 8, 2010

Dear Boy

Salam semua..atas permintaan yang tak berapa ramai sangat aku letakkan pulak sajak yang 'ala-ala si derek' tapi version perempuan untuk lelaki...ini sebab aku tak leh nak pikir entry apa aku nak buat sebelum aku gi kat air terjun jerangkang petang ni...excited sungguh! di sebabkan terlalu excited nak abselling aku hilang idea nak tulis apa hehehe..nanti aku balik dari sana aku post pasal jerangkang kay :) in the mean time korang hayati la dulu sajak si sarah ni..sarah yang mana pun aku tak tau hehehe...kalau ada masa yang terluang leh la bagi komen sikit kay :)


Dear Boy,
I do not know who you are, or where or when we will meet,
but I do hope it is soon.
I pray that when we meet and fall in love,
you will love me, for me, and not hope for someone who is thinner or prettier.
I hope you won't compare me to girls who may have brighter smiles.
I hope that you will make me laugh, take care of me if I get sick,
and be trustworthy.

I hope you will remember that I prefer daisies to roses,
and that my favorite color depends on my mood.
Please know that my eyes aren't blue, they are grey, with flecks of navy.
Please know that I might be too shy to kiss you first,
but please don't be afraid to kiss me.
I won't slap you or push you away. I'm sure your kisses will be perfect.
When we go on a date, please don't stress about where to take me;
what's important is that I'll be with you

If I cry, please know it isn't because of you,
just hold me close,and I'll heal quickly
And, if it is because of you, I will heal just the same.
And if we decide to break up,
please understand that I may be bitter,
but I'd like to be your friend if you'll let me.
I promise to remember that you have feelings too,
even though you'll never admit it, and when you are ready,
we'll have a friendship.

Please tell me if anything I do bothers you,
or if something just don't sit right. I would like you to always be honest with me.
If I have a bad day, I hope you will shower me with confidence and smiles.
I hope you don't think I'm asking too much of you.
I hope you understand that I'm a little bit nervous and very scared.
I wish I could tell you how or when we will meet,
and if we will be in love forever. Every relationship is a new game of cards, and..... 
(Sigh).... I've never been good at cards. 
But I will try my best to be kind and love you dearly for all that you are, 
without expecting too much from you. Thank you for listening; this is all that I ask.


Yours Always,
Sarah


(Written By: Sarah Bercot from Chicken Soup for the Teenage Soul 3)

Wednesday, October 6, 2010

Dear Girl :)


Dear Girl,
I feel that the time has some for me to have a girlfriend. 
I know you're out there somewhere.
 Don't worry, I'll find you.
And when I do,
 I hope that you will love me because I'm Derek, 
not because I'm Mike's younger brother.
 I hope you won't be embarrassed when my clothes don't match, 
or be annoyed when I want to watch the Lakers on ESPN, 
instead of Party of Five.

I hope that you will remember I play soccer, not football, 
and I play midfield, not defense,
 and that every weekend I live with my dad.
I pray that you'll love me despite my tendency to forget birthdays,
 and if your parents invite me to dinner,
 please write their names really small on my hand 
so I can use it as reference.

Please know that I will constantly act strong and in control,
 but inside I am actually lost and confused. (Just don't tell my friends.) 
Please don't worry if I hurt myself skateboarding. 
Instead, be there to mend my wounds with kisses.

Understand that loving each other means being together, but not all time.
 We should never bail on our friends. 
Also understand that I may at times act jealous and overly protective,
 but only because I have insecurities not because of you are doing anything wrong.

And if we fall out of love with one another, please don't hate me. 
And if I cry in front of you, please don't laugh at me.
 Please know that I am sensitive...in a manly, tough kind of way.

Please be honest with me without being hurtful. 
After all, I am a boy. And I promise to always be honest with you, 
because you deserve honesty. 
And I promise to open doors for you and buy your ticket when we go to the movies.

And no, you aren't fat, so please don't constantly ask. 
And you don't need makeup either. 
Oh, and don't be upset if you cut your hair and I don't notice.
 I will love you even in Levi's and a T-shirt.

I hope you don't think I'm asking too much of you. 
I just want to be happy making you happy.
 I'm coming to find you, so don't go anywhere. 
Stay where you are, whoever you are. 
And by the way, my name's Derek.

Yours Always,
Derek

(Written By: Derek Whittier from Chicken Soup for the Teenage Soul 3)

Monday, October 4, 2010

Ayam Penyet :)

Salam semua, hopefully korang semua baik2 aje..Actually masa aku menulis ni aku dalam keadaan kekenyangan hehe..baru je lepas melantak 2 pinggan nasi..nasib baik pinggan tu tak leh nak makan..kalau tak ngan pinggan2 kot habis..dah jadi satu kerja lak kena beli pinggan tiap2 minggu hehhe

Hari ahad lepas aku kuar ngan sesorang, miss x..nama dia yang sebenar terpaksa aku rahsiakan atas sebab2 keselamatan tuan empunya diri kerana dipercayai agen-agen Mossad sedang mengitip gerak geri dia hehhe..so kita orang kuar la gi jalan2 kat sebuah pasaraya baru yang terletak di Kuala Lumpur. Saje je kuar coz boring duk kat umah..

Sedang kitaorang berjalan2 miss x bagitahu kat aku yang perutnya memberi satu isyarat yang telah pun di salurkan ke otak yang mengeluarkan satu message iaitu lapar hehe..dalam masa yang sama lidahnya merembeskan satu jenis cecair apabila terlihat sebuah restoran yang diberi nama 'Ayam Penyet'..

pic sebelum makan [cuba korang perhatikan makanan kat pinggan ni]

Aku pun dalam masa yang sama terasa lapar gak so kitaorg pun gi la makan kat situ..aku belum pernah makan lagi ayam penyet ni..nak tahu gak best ke tak..disebabkan jemaah pun tak byk..kitaorg dua org je..aku imam dia lak makmum so order pun tak byk la..takut lak tak habis,nanti jatuh pada membazir lak..tul tak? kalau korang tengok pic kat atas tu muka aku yang sedang diselubungi nafsu lapar dan dahaga :)

Tak sangka lak makanan kat ayam penyet ni jatuh dalam kategori best! Aku pun apa lagi...makan dengan penuh selera la..miss x pun sama gak.Sampaikan aku tak sedar bila masa makanan aku habis..tahu-tahu pinggan dah kosong..ayam tinggal tulang je..magic sungguh! korang nak tahu apa jadi kat pinggan yang penuh berisi lauk tadi??

Selepas makan [aku pun tak sedar bila masa kejadian ni terjadi]

Cuba korang tengok pic lepas makan ni mcm mana. Ini membuktikan keganasan boleh berlaku di mana-mana. Aku rasa kalau la geng2 ayam tengok mcm mana kitaorg makan ni sure diorg buat mesyurat tergempar bagi membincangkan bagaimana nak tangani isu ni hehhe..so secara kesimpulannya aku punya entri kali ni pasal ayam penyet..overall pada aku sedap makanan kat sini. walau pun aku tak dibayar untuk mengiklankan ayam penyet ni aku tak kisah hehe sekadar berkongsi ngan korang semua..mana tau masa korang tak de idea nak makan kat mana..tiba2 korang teringat entri aku ni..leh la try ayam penyet kan..sekian :)

Sunday, October 3, 2010

Bukit Tabur :)

Salah satu puncak di antara byk2 puncak kat bukit tabur

Salam semua dan selamat pagi...hopefully semua sahabat-sahabat aku dalam keadaan sihat walafiat dan happy selalu...sepatutnya hari ni aku ngan sahabat baik aku dah naik bukit broga dah hari ni..kalau ikut plan yang dah disusun rapi dan jitu sejak dari minggu lepas lagi...kita orang dah pun siap naik and turun dah tapi sudah ketentuan yang Maha Pencipta tak mengizinkan kami pergi..jadi plan itu terpaksa dibatalkan untuk hari ini...

Kesnya dua2 terlewat bangun tidur akibat keletihan yang amat sangat kesan daripada aktiviti semalam yang berlanjutan hingga larut malam(ayat dah macam karangan spm)..member aku sebab dia kena gi majlis tunang adik dia...biasalah kalau dah majlis2 mcm ni memerlukan tumpuan dan ketahanan fizikal dan mental hehehe itu yang penat tu..sampai malam gak la baru selesai...yang aku lak..akibat makan terlalu banyak masa open house mak sedara...hehehe..

muka ceria masa sebelum naik bukit tabur

Ingatkan leh aku masukkan entri broga hills untuk kali ni tapi nak buat mcm mana kan..may be next time...kali ni biar la aku ceritakan pasal "Bukit Tabur"...trip ni aku pergi agak tak berapa lama dulu..dalam tahun ni gak cuma tarikh yang spesifik aku tak berapa ingat...lokasi bukit tabur ni tak la jauh sangat dari tempat aku ...kat area Melawati je...dan ketinggian dia tak la tinggi sangat..aku rasa Broga lagi tinggi (menurut sumber yang aku tak pasti leh caya ke tak ) hehehe..berbekalkan info tu aku pun...pergi la memulakan acara pendakian tanpa rasa sangsi dan curiga akan tahap kesukaran bukit ni...

pendakian bermula

Maka aku dengan berbekalkan keazaman yang utuh untuk sampai ke puncak bukit tabur memulakan pendakian bersama-sama kawan2 aku...tanpa keraguan yang munasabah terhadap tahap kesukaran bukit ni. Semakin lama perjalanan mendaki ni aku rasa info yang diberi kat kitaorang telah menimbulkan seribu satu persoalan tapi kami diamkan aje..bukan la nak underesitmate bukit ni tapi info yang diberikan kat kitaorg mcm ada yang tak betul je. Ada yang kata "ala...bukan tinggi sangat pun" dan ada yang kata "kejap je naik pun..sedar2 dah sampai puncak" dan lebih memilukan ada yang kata "ala...landai je" time tu aku rasa mcm tertipu pun ada hehehe tapi dalam banyak2 kepalsuan kata2 member2 aku tu ada la kebenaran terselit di hujung lidah dioarg. Salah satu suspect kejadian ada berkata "perrggghhh view dia lawa" dan itu lah satu2 satunya kebenaran yang aku akui semasa proses soal siasat untuk kes bukit tabur...memang lawa :)

salah satu pemandangan yang mbr aku snap dalam proses menuju ke puncak :)

pada hakikatnya memang bukit tabur ni tak la tinggi sangat tapi tahap kesukaran dia tak mcm broga..bukit tabur lagi susah (pada aku la)..kalau mcm broga ni..lepas turun kita still ada keinginan nak naik lagi next week tapi bukit tabur ni hehehe aku rasa next year pun belum tentu (itu aku la..lain org lain feel dia)...tapi bagi yang belum pernah try..aku suggest gi la sekali...try amik pengalaman,best gak sebenarnya Make sure bawak bekal. Leh picnic kat atas tu...

ini antara 'mini rock climbing' yang terpaksa di tempuh..

pic kat atas ni antara mini rock climbing yang terpaksa di tempuh untuk sampai ke atas dan untuk balik hehehe ini sebab kitaorg naik ikut jalan lain dan akan turun ikut jalan lain...wahhhh..nak tak nak kena la beranikan diri panjat...kat bawah batu batan semua...dah la tak de safety hehehe..risau gak..dan ini bukan satu-satunya mini rock climbing ni..ada beberapa track yang mcm ni lagi tak salah aku...

ini lagi satu cabaran yang terpaksa kitaorg tempuh

pic kat atas ni pulak...lagi satu track yang berbatu batan..agak merbahaya...masa kat laluan ni kena beratur coz kena turun sorang2 and ada jugak yang nak naik (bagi mereka yang pergi dan balik ikut laluan yang sama)...so agak jam la laluan ni...and masa kitaorg gi tu masa cuti so ada byk gak group yang mendaki pada hari tu..masa ni memerlukan keberanian yang hakiki hehehe sebab kita yang akan menentukan kita lepas ke tak, coz masa ni tak de yang leh tolong nak tarik ke or nak sambut kita. That's y aku konklusikan track ni agak bahaya.

yeayyy...kita orang sampai kat atas...

at last...sampai gak kat atas puncak tabur ni...actually menurut abg sham(yang pakai baju cerah)..bukit tabur ni ada beberapa puncak...so ini lah salah satu puncak..untuk kitaorg nak takluk semua puncak aku rasa...next time la kot hehehe kalau jadi la...abg sham ni salah seorang otai gunung kat malaysia ni...korang cuba tanya gunung apa yang dia blm pernah naik(gunung kat malaysia la...)...orang nya best and supporting..kalau nak gi apa2 outdoor..korang contact la dia..mintak ngan aku contact number dia...

pemandangan Kuala Lumpur

ni next week aku gi jerangkang ni pun dia yang handle...abg sham kata, bukit tabur ni kalau first time nak datang kena ada guide coz ada a few org dah sesat kat sini...mmg pun coz jalan dia agak mengelirukan...(pendapat aku)....masa kat atas bukit tabur ni sempat gak la kitaorang menjamu selera roti canai and sandwich :) angin kat sini memang best...sepoi2 bahasa :) kita jugak leh nampak pemandangan KL dari sini...memang best!

track masa dah kat atas agak selesa :)

bila dah sampai kat atas track dia agak mudah and selesa :) masa ni aku agak happy coz tak penat sangat...kitaorang kat atas puncak bukit tabur ni tak la lama sangat memandangkan ada plan lain waktu petang tu pulak...actually bukit tabur ni korang boleh nampak dari highway MRR2..kalau korang lalu dari wangsa maju nak menuju ke gombak...bukit2 yang korang nampak sepanjang jalan tu yea la tu...cuma nak naik kena la naik denga orang yang tahu jalan coz takut sesat lak...tak pasal2 masuk muka dalam buletin utama hehehe..so lepas kitaorang dah sampai atas setangah jam kemudia kita orang turun lalu dusun orang kat area situ...org yang jaga dusun tu pun dah kenal abg sham so tak de la takut sangat hehehe takut bukan apa coz org yg jaga dusun ni pelihara anjing heheh tak pasal2 kena kejar nanti :)

ini dia pic aku masa sampai kat bawah :)

pic kat atas ni muka aku dalam keadaan separuh sedar ehhehe aku pun tak tahu bila masa pic ni diorg snap hehhe..gurau je...kat belakang aku tu dusun buah2an orang kat situ tapi masa tu dah tak de tenaga nak gi 'curi' buah hehehe sampai sini je la kot story aku pasal bukit tabur ni...next week aku cerita pasal air terjun jerangkang..tak sabar lak rasanya :)



Saturday, October 2, 2010

-SeKaLuNg PeNgHaRgAaN-


Salam penuh keceriaan buat semua :) Entri ringkas ni aku buat untuk merakamkan penghargaan aku pada para pengiklan2 yang sudi memilih blog aku untuk mengiklankan produk mereka...terbaru aku dapat "pendapatan terumpuk" dari "Sunway Velocity"...Salah sebuah shopping complex yang bakal memeriahkan  lagi kehidupan di Kuala Lumpur :) sesiapa yang nak info lebih lanjut pasal "Sunway Velocity" ni sila lah click kat iklan tu kay...Terima kasih juga untuk Nuffnang and penaja2 iklan yang lain...Terima Kasih :) Hopefully di masa2 akan datang dapat lagi byk kay :)


Friday, October 1, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

Salam semua :) hari ni aku sekali lagi nak ajak korang baca satu artikel yang cukup menarik dan mengisafkan dari ustaz Pahrol...dah lama aku nak share artikel ni kat blog ni cuma tak jumpa cari dan aku terpaksa mintak diemailkan semula kat aku...bagi korang yang dah pernah baca or dapat email ni,aku harap dapatlah kiranya meluangkan masa berkongsi pandangan kat ruangan comment kat bawah kay...bagi yang belum baca...InsyaAllah,sama2 kita hayati kisah yang ditulis oleh ustaz Pahrol ni..semoga dapat membawa perubahan dalam hidup kita starting hari ini hinggal ajal menjemput kita..InsyaAllah...

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan). 

********** 
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik. 
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” 
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja. 
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.” 
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar. 
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.” 
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.” 
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.” 
“Kenapa Pak Cik?” 
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.” 
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual. 
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.” 
Winston from America?” bisik saya perlahan. 
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk. 

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan. 
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya. 
“Apa dia?” 
“Solat Subuh berjemaah.” 
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. 
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.” 
“Kita mesti sanggup memikul senjata.” 
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.” 
“Saya tak faham.” 
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.” 
“Apa yang menyakitkan mereka?” 
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.” 
“Jadi?” 

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.” 
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman. 
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?” 
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!” 
“Awak sindir saya?” 

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.” 
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” 
Lagi-lagi ke situ fikirnya. 
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.” 
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?” 
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?” 
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” 
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.” 
“Contoh?” 
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.” 

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?” 
“Ketiga-tiga isme itu sama.” 
“Sama?” 
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!” 
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?” 
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. 
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.” 
“Misalnya?” 
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.” 
“Lagi?” 
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!” 
“lagi?” 
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.” 
“Idola Amerika?” 
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.” 
Pak Cik itu batuk-batuk. 
Saya urut belakangnya. 
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu. 
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.” 
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.” 
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.” 
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “ 

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…” 
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?” 
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah? 

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari! 
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah: 
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” 
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini? 

Apa pendapat kamu semua wahai sahabat2 blog yang aku hormati?...



Thursday, September 30, 2010

-Sekalung Penghargaan-


Salam semua...Entri aku kali aku nak merakamkan penghargaan pada 2 company ni yang dah memilih blog aku untuk mengiklankan product diaorg..walaupun apa yang aku dapat tak seberapa lagi tapi 'better than nothing' kan..lagi pun aku masih baru lagi kat arena blogging ni :) 
Buat masa skrg aku lum lagi boleh letak kan screen shot nuffnang yang membuktikan aku dapat buffered earning (actually tak penting pun coz korang pun dapat gak kan..lagi byk dari aku) coz aku tak pandai nak convertkan jadi jpeg :) kena tunggu adik aku balik dari kelantan hehehe..dia master bab2 ni...apa2 pun InsyaAllah di masa2 akan datang...kawe akan publish kay...


Actually mula2 aku tak perasan yang aku dapat 'buffered earning' atau 'pendapatan terumpuk' ni...ceritanya mcm ni...isnin lepas, seperti biasa aku bangun la awal pagi untuk check earning updates tapi mr nuff blm update lagi so aku dengan mood yang agak frust pun start la blogwalking :( ...keesokkan harinya aku check lagi..but still tak update...tahap kesabaran aku pun telah menurun sebanyak 20% ...aku check la hari rabu...pun tak de gak...yang membuatkan aku tak perasan tu korang nak tahu tak sebab apa?...


sebab teknik aku check earning ni ialah dengan cara menggerakkan mouse ni ke icon earning je..so terus terpampang amount yang tak diupdate dari minggu lepas...tak la pulak aku terfikir nak click icon tu untuk tgk details...frust gile aku masa tu...so nak dijadikan cerita...lepas dua hari frust menonggeng(isnin dan selasa)..hari rabu tu...time aku nak check jumlah unique visitor..aku dengan tak sengaja ter'click' kat icon earning tu..tiba-tiba..!!!

aku nampak la perkataan "pendapatan terumpuk"...walaupun jumlah pendapatan tak la seberapa tapi aku happy..dan bersyukur :) penghargaan ni aku panjangkan juga kepada team nuffnang :) semoga aku akan dapat lagi pendapatan terumpuk ni di masa-masa akan datang...sekian terima kasih



Tuesday, September 28, 2010

"Kita masih belum terlepas daripada tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..."

Salam semua...di kala ni aku agak kehabisan idea nak tulis apa kat entri aku...tapi time aku check email tadi aku tertarik ngan satu email yg di hantar pada aku oleh akak aku...(akak aku ni mmg rajin bab fwd email ni hehehe)


selalunya aku tak baca tapi kali ni tajuknya agak menarik " kita masih belum terlepas daripada tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..." 

Agak tersentak dan tersentap jugak aku bila dah habis membaca karya atau kisah benar (belum dapat dipastikan) yang di tulis oleh "Jeram Pasu" ni..(orang kelantan kot)...dan aku rasa terpanggil untuk berkongsi email ini ngan sahabat2 blog aku..aku harap kita dapat sama2 ambil iktibar dari cerita ni...yang baik kita jadikan tauladan yang sebaliknya kita jadikan sempadan...

aku harap korang dapat baca sampai habis cerita ni...mari sama2 kita hayati kisah ini...


Oleh Jeram Pasu
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
 

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
 

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
 

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.
 Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair.
 Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. 
"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah! 

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...
 

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
 

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
 

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
 

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?

Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu? 

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
 

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?
 

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
 

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
 Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? 

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
 
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? 

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
 

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
 

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
 

Dan satu lagi,
 jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. 

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
 

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
 Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. 

Aku ingin berdakwah!
 

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
 

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



p/s : Apa pendapat kamu semua wahai sahabat2 aku?