Tuesday, March 18, 2014

I'm Back :)

Sudah agak lama aku tinggalkan blog ni...dah bersawang hehehe alhamdulillah duit nuffnang still jalan walaupun slow. dari pada aku bujang sampai lah aku dah kahwin. dari pada aku belum ada anak sampai lah aku ada anak. :)

In shaa allah aku akan servis balik la blog ni...walau pun slow aku akan keep on tulis gak..tulis blog ni sebenarnya salah satu terapi untuk aku release tension...cuma selama aku tak tulis kat blog ni...aku tulis kat facebook...

Aku pun dah lupa mcm mana cara mudah nak blogwalking, kalau dulu ada shoutmix...sekarang ni mcm dah kena bayar rasanya servis tu...itu aku tak pasti cuma aku rasa dulu aku check macam kena bayar...

so start from now aku akan blogwalking ke blog-blog sahabat sekalian...hopefully korang pun datang la kat blog aku and tekan mana yang patut hahaha :)

happy blogwalking :)


Monday, October 3, 2011

Ajal...

"...While you wake up today, someone is breathing their last breath. Thank God for another day. Don't waste it...."

Dalam minggu ni aku terima 2 berita kematian. aku tak tahu nak cerita macam mana perasaan aku. sedih ada, terkejut pun ada...pada hari sabtu lepas bekas ayah tiri aku telah menghebuskan nafasnya yang terakhir. jika diikutkan ramalan dari sudut dunia perubatan, kematian bekas ayah tiri aku ini memang sudah dijangka...dia menghidap barah usus...peringkat ke berapa aku tak berapa pasti sebab dia tak bercerita tentang itu pada aku. kalau tak salah aku bulan lepas aku ada berjumpa dengan dia...masa itu dia dah dapat tahu tentang penyakitnya dan baru lepas membuat kemoterapi...dia boleh berjalan dan boleh bercakap...dia ada mengatakan jika dia sihat, dia akan hadir pada majlis perkahwinan aku yang bakal dilangsungkan pada 25,26 November 2011 (InsyaAllah)... pada malam jumaat lepas aku dapat tahu dari ibu aku, dia sudah nazak dan sudah tidak boleh bercakap...ibu aku ajak aku untuk menziarah dia. pagi sabtu lepas aku pun bawa ibu aku ke rumah dia...ada beberapa orang saudara terdekat dia yang menjaga dia di sana. sayu hati aku lihat keadaan fizikal dia...kalau boleh aku gambarkan, hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Pada hari itu aku tidak boleh lama di sana kerana sudah berjanji dengan tunang aku untuk ke tempat lain untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan kami. ibu aku mahu tinggal di sana dan aku beransur pergi...lewat petang itu aku menerima berita yang dia sudah pergi...dan tidak akan kembali lagi...Al-Fatihah

Awal pagi tadi, setibanya aku di pejabat...aku pun terus on kan notebook aku...seperti biasa, facebook la perkara pertama yang aku akan lihat :) Alangkah terkejutnya aku, sahabat aku semasa sama2 menuntut di UUM dahulu telah meninggal dunia...beliau seorang ASP (polis) di Johor. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa konvoi motorsikal berkuasa besar. bagaimana kemalangan itu berlaku aku tak boleh cerita kerana aku sendiri tak pasti...Semasa kami di UUM dahulu, arwah seorang yang periang dan baik...suka bantu orang sama ada dalam pelajaran ataupun pertolongan lain...beliau seorang yang suka berjenaka...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fatihah

Ajal maut adalah rahsia Allah s.w.t. Arwah bekas ayah tiri aku, ajalnya kalau dari segi ilmu perubatan dapat dianggarkan atau di ramalkan (tidak secara tepat) tetapi apa yang berlaku pada sahabat aku memang tidak dapat dijangkakan...sejam sebelum kemalangan, beliau dari segi fizikal dan mental bolehlah kita kategorikan sebagai sihat walafiat. tetapi ajal datang tidak mengira taraf kesihatan dan umur...yang pergi tetap pergi...semoga kita dapat ambil iktibar dan dan menigkatkan lagi keimanan kita untuk mencapai kebahagiaan di sana...

P/s : hargailah orang di sekeliling kita...mungkin itulah kali terakhir kita berbicara bersamanya...sentiasa minta maaf setiap kali hendak berpisah...

selamat malam semua. Assalamualaikum

Saturday, October 1, 2011

Tak de idea :)

Actually aku tak de idea nak update blog ni...aku skrg kat kfc wangsa maju menantikan kehadiran seseorang...
so aku pun google la apa yang patut dan terlihat kata-kata ini...seseorang yang aku tunggu pun dah hampir nak sampai so aku tinggalkan korang ngan kata-kata ini kay...semoga boleh jadi iktibar atau perangsang dalam hidup kita semua :)


"...God puts people in your life for different reasons. Some to learn from, some to help you, & some to help you realize how strong you are..."


Friday, September 30, 2011

Kata-kata hari Jumaat :)

..."Being a real man doesn't mean you sleep with 100 girls. It means you fight for one girl even when 99 others are chasing you."...

Kawe jumpa kata2 ni kat internet dan rasa2 mcm ada betulnya... renung2 kan kay :)

Thursday, September 29, 2011

Kata-kata malam ini :)

"Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have..."

Aku jumpa kata-kata ni kat internet...ada kebenaran dalam kata-kata ini...kadang-kadang kita rasa orang tu tak sayang kita atau tak meet expectation kita...tapi tak bererti dia tak sayang kita sepenuh hati...mungkin dia tak tahu nak tunjuk atau tak mampu untuk tunjukkan kasih sayang tu...kasih sayang ni bukan boleh diukur dengan wang ringgit atau harta benda...kasih sayang hanya boleh di rasa...salah satu contoh, sometime ibu bapa kita tak mampu nak berikan apa yang kita minta atau mahukan tapi tak bermaksud dia tak sayangkan kita. ukuran kasih sayang ni bukan ada dalam buku teks :) ia sesuatu yang subjektif...oleh sebab itu jangan lihat sesuatu itu dari satu sudut sahaja...

selamat malam semua. Assalamualaikum :)





Bukan rezeki aku lagi...

aku baru je dapat berita dari member aku yang bekerja kat company yang aku interview last 2 weeks...dia kata kemungkinan aku tak berjaya dalam interview tu...agak frust pun ada sebab aku betul2 mengharap aku dapat...tapi nak buat mcm mana...Tuhan belum izin kan aku untuk kerja kat situ...semuanya sudah tertulis...aku dah buat yang terbaik (pada hemat aku la)

Aku percaya ada hikmah disebaliknya yang aku belum tahu...aku kena hilangkan rasa kecewa aku ni...takut membawa kepada rasa tak dapat terima takdir Allah s.w.t...nauzubillah

Aku baru merancang dengan member aku untuk buat business jual buku online...aku tengah berbincang mengenai susun atur web dan the best price yang kita boleh dapat dari pembekal..ini supaya aku dapat jual dengan harga yang berpatutan dan sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat malaysia :)

semoga kawan2 aku kat blog ini boleh sokong business yang aku bakal jalankan ini :)

Wednesday, September 28, 2011

azam baru :)

Rasanya ni kali ke berapa punya azam pun tak tahu la hehehe...aku berazam untuk tulis sekerap yang mungkin kat blog yang dah lama aku tinggalkan ni...
semoga azam aku ni akan berterusan...boleh gak duit nuffnang ni tampung serba sedikit perbelanjaan aku hehhe..
buat masa sekrang ni aku memang tak de idea nak tulis apa...untuk status terkini aku tengah tunggu result interview yang memang aku harap sangat aku dapat...harap korang yang baca blog aku yang tak seberapa ni dapat doakan aku berjaya :)
aku sekarang bekerja di sebuah organisasi swasta...aku apply kat tempat lain ni pun bukan apa...cuma nak meningkatkan taraf hidup :)

for now itu je update aku...nanti aku tulis lagi. InsyaAllah...selamat malam semua. Assalamualaikum.